Seni Kata Lagu KBSR Tahun 2
MAIN LOMPAT
Mari main lompat bersama
kawan
Lompat ke kiri lompat ke
kanan
Pusingkan badan
Tepuk di atas tepuk di
bawah
Kecilkan badan
Lompat tinggi sampai ke awn
LOMPAT-LOMPAT
Lompat-lompat lompat katak
lompat
Lompat-melompat dalam kolam
Berenang-renang, bersukaria
Sambil menyanyi riang
Berenang-renang, bersukaria
Sambil menyanyi riang
KAMI MURID DARJAH DUA
Kami murid darjah dua,
Suka menyanyi serta
membaca,
Bangun pagi cepatlah mandi,
Supaya kita tidak dikeji.
Kami murid darjah dua
Suka menyanyi serta membaca
Mari kita bertepuk tangan
Menyanyi dengan hati yang
riang
BERGALOP
Lari-larilah bergalop
Dengan langkah sama-sama
Buatlah satu bulatan
Bergalop berpusing
Mari-mari semua
Bergalop sama-sama
Pusing-pusing keliling
Dengan langkah yang sama
BUNGA MAWAR
Kutanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Kusiram dan kujaga
Lama besar jadinya
Kupetik bunga mawar
Kuletak di kepala
Kujalan sini sana
Harum wangi baunya
LENGGANG KANGKUNG
Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga ( 2
kali )
Balik dari menyabung
Makanlah nasi
sahaja (
2 kali )
GEYLANG SI PAKU GEYLANG
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
DODOILAH DODOI
Dodoilah dodoi
Adik jangan menangis
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
HIDUP BURUNG
Aku burung di dalam sangkar
Hidup terkurung
Hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Berkawan-kawan
Tinggi di awan
BILA DEWASA
Bila aku sudah dewasa
Aku ingin jadi tentera
Selalu sedia menjaga Negara
Berani berjuang
Musuh akan kutentang
RASA SAYANG
Rasa sayang eh
Rasa sayang sayang eh
He lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Piasng emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Tanam ubi tanam keledek
Keladi birah di tepi tangga
Kita nyanyi adik-beradik
Kalau salah tidak mengapa
MALAYSIAKU
Tanahairku Malaysia jaya
Tanah tempatnya tumpah
darahku
Berbagai bangsa ada bersama
Aman dan damai amalan kita
ANGIN
Lembut hembusannya dapat
kurasa
Tak Nampak rupanya pegang
tak jaya
Bertiup perlahan kurasa
nyaman
Bila jadi rebut orang pun
takut
Banyaklah guna, banyak
bencana
Jangan dirisaukan, ciptaan
Tuhan
Kadangkala kencang, dia
memberang
Kadangkala dingin, itulah
angina
MENAMPI PADI
Marilah kita menampi padi
Lenggok kek kanan lenggok
ke kiri
Tua dan muda turutlah serta
Atulah amalan yang mulia
Tampilah tampi segera
Dengan lenggok yang sama
Cepatlah cepat semua
Bekerjalah bersama
MENYANYI GEMBIRA
Wahai kawan-kawan mari
bersama
Menyanyi gembira ikut irama
La la la la la la bertepuk
sama
La la la la la la sambil
bergaya
KEBERSIHAN DIRI
Bersihkan diri sendiri
Mandi serta gosok gigi
Buangkan kotor di badan
Untuk jaga kebersihan
Pakaian bersih dipakai
Supaya cantik berseri
Janganlah lupa dan lalai
Jaga kebersihan diri
HORMATKAN BENDERA KITA
Lihatlah bendera kita
Berkibar dengan megahnya
Menjadi lambang Negara
Negara Malaysia jaya
Marilah hormat bersama
Bendera negara kita
Tandanya rakyat setia
Rakyat Negara Malaysia
TERBANG BURUNG TERBANG
Terbang burung terbang
Tinggi di awan
Bebas di angkasa
Berkawan-kawan
Makan di bendang
Ulat belalang
Bila dah kenyang
Tentu akan pulang
ADIK MANIS
Adikku yang manis
Janganlah menangis
Emak masak tumis
Bayam dengan remis
Adikku yang manja
Rajin buat kerja
Ibu juga bapa
Merasa gembira
HIDUP GEMBIRA
Sayang ibu, sayang ayah
Sayang adik, abang dan
kakak
Kami semua, sungguh gembira
Riang ria keluarga bahagia
Hati senang, hidup riang
Kami semua sayang –
menyayang
Ayah ibu, raja dan ratu
Yang selalu membelai daku
BUAH-BUAHAN MALAYSIA
Durian ciku buah rambutan
Rasanya jadi idaman
Berbagai bentuk rupanya
Buah-buahan Malaysia
Buahlah manggis putih
isinya
Duku langsat dan papaya
‘Pabila musim pun tiba
Dijual merata-rata
*‘Pabila – Apabila
AKU BURUNG TIUNG
Aku burung-burung tiung
berperi
Riang di dalam sangkarku
ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan bertanya siapa
Aku burung-burung tiung
Sungguh pandai berperi
Aku burung-burung tiung
Sungguh pandai berperi
BAHASA KITA
Bahasa Malysia, bahasa
Negara
Cintailah bersama
Alat perhubungan perpaduan
bangsa
Bahasa jiwa bangsa
ULIK-ULIK MAYANG
Ulik mayang mayang diulik
Ulik dengan jala jemala
Datang satu datang semua
Ala sayang datang
semua
NYAMUK
Terbang terbang nyamuk
durjana
Mengisap darah manusia
Bermacam penyakit darinya
Demam denggi dan malaria
Nyamuk mesti kita hapuskan
Di desa ataupun di pecan
Botol, tin sampah
dibersihkan
Air bertakung dikeringkan
CIKGU BUDIMAN
Selamat pagi kami ucapkan
Kepada cikgu sungguh
budiman
Terima kasih saya dan rakan
Ilmu berguna cikgu curahkan
PADIKU
Padi padiku masak berwarna
emas
Rasa hatiku gembira paling
puas
Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi
Pergilah pergi wahai burung
jangan hinggap
Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi
Semoga engkau tidak akan
kena tangkap
BUNYI SEMUA
Ing-ing-ing bunyi biola
Tu-tu-tu bunyi seruling
Bum-bum-bum bunyi rebana
Cing-cing-cing bunyi
kerincing
Ing-tu-bum-cing bunyi semua
Ing-tu-bum-cing bunyi semua
BERMAIN DI PANTAI
Mari semua ke pantai
berkelah
Bersama ibu dan ayah
Bermain sepanjang pantai
yang indah
Mengutip kerang dan kepah
Jangan bermuram dan
bersedih hati
Menyanyilah dan manari
Tetapi janganlah lupakan
diri
Nanti menyusah sendiri
THE MORE WE GET TOGETHER
The more we get together,
together
The more we get together,
the merrier we’ll be
For your friends are my
friends
And my friends are your
friends
The more we get together
the merrier we’ll be
JASA AYAH DAN IBU
Oh ayah oh ibu yang
kusayang
Kau tempat bermanja siang
malam
Engkaulah tempat
kubelindung
Untuk hidup dan belajar
ilmu
KELUARGA BAHAGIA
Kasih pada ibu, taat pada
bapa
Hormat pada guru,mambawa
bahagia
Ibu dan bapa serta keluarga
Bimbinglah kami dengan
penuh kasih sayang
Masa tidak menunggu kita
Dari itu janganlah leka
Jangan menderhaka pada
orang tua
Amalan hidup kita mereka
yang rajin berusaha
Hidup bahagia dan sempurna
Ingat pada Tuhan hindar
kejahatan
Keluarga bahagia
Kasih pada ibu, taat pada
bapa
Hormat pada guru, membawa
bahagia
Ibu dan bapa serta keluarga
Bimbinglah kami dengan
penuh kasih sayang
KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur bandar
yang permai
Berbilang bangsa aman damai
Suburlah tanah berbagai
hasilnya
Ibu negeri
Negara Malaysia
Bandar kita menjadi Wilayah
Sibuk dan sesak jalan raya
Bangunan melangit dan indah
juga
Bandar inilah kemegahan
kita
KASIH IBU
Kasih ibu sejati
Membawa bahagia
Haruslah dihormati
Hidupmu sempurna
Janganlah kau derhaka
Terhadap ibu
Budinya amat besar
Terhadap kamu
Dari itu sentiasa
Hormat ibu bapa
Agar hidup bahagia
Selama-lamanya
BURUNG TUKANG
Suatu malam bulan terang
Terdengar bunyi burang
tukang
Di atas pokok berbunyi
riang
Macam orang bertukang
Tok tok tok rajinnya
Apa yang diketuknya
Tok tok tok bertukang
Kerja sepanjang malam
Ketukannya tak jemu-jemu
Apa ditukang ku tak tahu
Hatiku hairan kutanya ibu
Bunyinya yang begitu
NASIHAT GURU
Tiap hari guru berpesan
Rajin selalu baca buku
Pesan guruku itu
Tidaklah kulupakan
Supaya kumenjadi maju
Guru selalulah berkata
Hormat kepada orang tua
Tolong ibu dan bapa
Walau apa pun kerja
Itulah anak yang berjasa
CITA-CITA
Di waktu pagi ku pergi
sekolah
Hawanya sejuk nyaman terasa
Kurasa segar tiada terkira
Bersama kawan-kawan kami
gembira
Tiaplah hari pergi sekolah
Belajar tulis juga membaca
Bilalah besar mengganti
ayah
Majukan bangsa juga negara
good post! brings back memories
ReplyDeleteBestnya lagu2 ini..sweet memories utk sy thn 1984 dulu..rindunye..baru skrg dpt nyanyikn. Terbaik cikgu rao..
ReplyDeleteJumpa juga lagu-lagu ni akhirnya. Izinkan saya guna untuk mengajar muzik kelas saya ya
ReplyDelete