1.0
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Menurut Sukatan
Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran Pendidikan Muzik dirancang
untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan perkembangan murid dari
pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui usaha ini, ia
seterusnya dapat menyediakan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan
kemahiran asas namun juga sihat dan aktif dari segi mental dan fizikalnya.
Subjek Pendidikan Muzik meliputi aspek Nyanyian,Gerakan,Permainan Alat Perkusi
dan Teori. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam Pengajaran dan
pembeajaran Muzik untuk melahirkan insan yang seimbang dan aktiviti muzik yang
tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
murid.
Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap individu
yang berminat dalam
perkara yang dipelajari
akan menunjukkan pencapai yang
tinggi dalam perkara
yang diceburi. Dalam
proses pemilihan, minat memainkan
peranan yang sangat
penting sebagaimana yang
telah disarankan oleh Holland
(1973), dalam kajiannya
iaitu pemilihan aktiviti
adalah dipengaruhi atau
didorong oleh minat
seseorang.
Selain itu
juga, Menurut Thorndike, Weics dan
Danis (1968), dalam Hashim
(2000), minat secara
keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah
motivasi.
Namun sistem
pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian akademik
sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar yang diperolehi murid
melalui Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam bilik darjah.Pendekatan hafalan
yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran teori Pendidikan muzik di dalam kelas menjadi
hambar dan tidak bermakna. Ini menyebabkan murid kurang berminat dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik khususnya dalam Teori Muzik.Oleh
itu, Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada individu, memberi mereka
suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan
diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa
sempadan (Tribus, 1992). Guru seharusnya
mewujudkan satu suasana baru pembelajaran di dalam bilik darjah.
Menurut Johnn Heinrich Pestalozzi (1746-1827) pendidikan
yang baik adalah pendidikan yang diperoleh melalui pancaindera manusia dan
memberi penekanan terhadap peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka
dan mengkaji muzik melalui usaha mereka sendiri.Ini adalah kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan
menghafal teori tetapi perlu mengadakan latihan yang kerap.
1.2
Refleksi pengajaran dan pembelajaran
lalu
Pada 20 Mac 2012
yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti biasa
mengikut jadual. Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.
Kelas yang saya ajar pada hari tersebut adalah Tahun 5 Soleh.Muridnya
seramai 20 orang.Murid-murid dalam kelas ini agak lemah dalam semua mata
pelajaran.
Pada hari tersebut saya telah mengajar Teori
Muzik . Saya telah merancang pembelajaran pada hari tersebut mengikut huraian
sukatan yang telah ditetapkan. Bagi Pengajaran dan Pembelajaran pada hari
tersebut saya memilih sub tajuknya membaca nilai not muzik.Dalam mencapai
objektif pengajaran tersebut saya memulakan pengajaran dengan melakukan aktiviti
nyanyian solfa diikuti dengan sesi bersoal jawab dengan murid tentang nilai
not.Walaupun murid-murid telah belajar beberapa kali tentang topik ini semasa
mereka di tahun 3 dan tahun 4 tetapi hampir semua murid tidak dapat menyatakan jawapan yang
tepat tentang nilai not.Daripada pengamatan dan penilaian saya pelajar tidak dapat mengecam not serta tidak
dapat menghafal bentuk not dan nilainya.
Oleh yang demikian saya terpaksa mengaitkan keadaan
persekitaran pelajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam membaca nilai not. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati jenis
not dan ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca nilai not, Oleh itu,bagi
memudahkan mereka saya terpaksa mengaitkan sesuatu yang terdapat dengan
persekitaran mereka supaya mereka mudah memahami cara membaca nilai not.Untuk
itu saya menggunakan kaedah permainan iaitu ‘Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia
Dapat’dengan ini saya percaya bahawa murid-murid akan lebih berminat dalam
mempelajari teori muzik khususnya dalam membaca nilai not.
2.0. FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh
pelajar Tahun 5 Soleh dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik tetapi kajian ini
hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak dapat membaca nilai not.Kesilapan
yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam mengecam not yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dengan not dan
nilainya.
c) Pelajar sukar untuk membezakan not-not yang terdapat
titik seperti Krocet
bertitik dan
Minim bertitik.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat
membantu meletakkan tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang
melibatkan dalam pembacaan nilai not. Tindakan susulan selepas ini akan
diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.
3.0 OBJEKTIF
KAJIAN/SOALAN KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan
pelajar yang telibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam
objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap pembacaan nilai not akan
dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila menyelasaikan
masaalah melibatkan nilai not.
Untuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah
merangka beberapa persoalan kajian iatu:
i) Adakah murid-murid cepat menguasai pembacaan nilai not
melalui kaedah permainan yang disediakan oleh guru?
ii) Adakah
murid-murid lebih berminat dalam Pendidikan Muzik apabila
menggunakan kaedah berbentuk hand’s on seperti kaedah
permainan?
iii) Adakah terdapat peningkatan minat murid selepas penambahbaikan
dijalankan?
3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembacaan
nilai not dengan kaedah permainan.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi
manfaat kepada pelajar dan guru.
• Pelajar
dapat menyatakan nilai not pada akhir
pengajaran dan
pembelajaran.
• Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang
melibatkan nilai not.
• Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di
dalam kelas.
• Menjawab sekurang-kurangnya 70% dalam ujian yang
diberi.
• Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah
mengenai pengajaran
dan
pembelajaran Muzik.
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 20 orang
pelajar Tahun 5 Soleh yang keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar
tersebut akan disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang
dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat lemah dan tidak boleh
membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja yang
terpilih.
5.0 PELAKSANAAN
KAJIAN
5.1 Perancangan
langkah-langkah tindakan
5.1.1. Tinjauan
Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan
mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan
terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a)
Hasil dapatan dan pemerhatian
daripada jawapan pelajar
semasa
ujian yang diberi.
b)
Temubual dijalankan terhadap
pelajar mengenai masalah yang
mereka
hadapi semasa menjawab soalan.
c) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk
mengenalpasti masaalah yang dihadapi oleh mereka.
e) Buku latihan dan buku nota dilihat untuk
mengetahui tahap
kefahaman
pelajar.
5.1.2. Program “RODA AJAIB DAN SIAPA CEPAT DIA
DAPAT”.
Kaedah
perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah “Roda Ajaib dan
Siapa Cepat Dia Dapat”.
b) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
diedarkan kid permainan ‘Roda Ajaib Dan Siapa Cepat Dia Dapat’ serta
menerangkan cara-cara bermain.
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan
kehidupan
seharian seperti pengiraan wang setiap hari.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman
pelajar
terhadap kaedah yang telah digunakan.
5.2 Perancangan
cara mengumpul data
Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah
yang akan saya kaji benar-benar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan
untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat.
Terdapat beberapa instrumen yang telah saya laksanakan bagi tugasan ini.
Bukti/
data
|
|
Bagaimana
atau bila bukti/ data telah dikutip
|
Nota
dan pemerhatian peribadi murid
|
|
Semasa p&p
-aktiviti
teori dan amali iaitu melalui pemerhatian dan tingkah laku murid.
|
Gambar
foto
|
|
Semasa aktiviti teori dan amali dalam subjek Pendidikan Muzik
-foto
murid melaksanakan teori dan amali semasa pengajaran dan pembelajaran.
|
Temu
bual- guru-guru lain, murid,pihak sekolah dan lain-lain.
|
|
Waktu lapang
-bertanya
guru-guru tentang pengalaman mengajar Pendidikan Muzik.
|
Soal
selidik
|
|
Di luar waktu p&p
-guru
membantu murid menjawab soal selidik untuk mengetahui kecenderungan atau
minat murid.
|
Saya akan melaksanakan beberapa kaedah mengutip
data. Antaranya, melalui nota dan pemerhatian terhadap murid-murid kelas tersebut. Saya juga akan melaksanakan
perbincangan dengan guru-guru Pendidikan Muzik yang lain tentang pengalaman dan
kecenderungan minat murid berkaiatan
aktiviti Nyanyian,Gerakan serta Permainan Alat Perkusi dan teori bagi subjek
tersebut.
Analisis awal terhadap minat dan kecenderungan
murid dalam matapelajaran Pendidikan Muzik juga dilakukan secara bertulis.
Selain itu, saya akan mengenalpasti murid tertentu dan menjalankan temubual
secara lisan untuk mengetahui kecenderungan mereka. Saya juga akan menjalankan ”shadow study” iaitu pemerhatian secara
dekat terhadap seseorang murid dalam
jangka masa tersebut.
Selain itu, borang soal selidik akan diedarkan juga
kepada guru-guru opsyen lain untuk mendapatkan pendapat mereka. Borang soal
selidik juga digunakan untuk mengetahui kesan yang diperolehi setelah menjalankan
usaha penambahbaikan. Bagi soal selidik guru, terdapat 7 item yang telah saya
bina manakala bagi mengetahui keberkesanan penambahbaikan yang telah
dijalankan, terdapat 10 item yang telah saya tadbirkan untuk murid-murid.
5.3 Perancangan
menganalisis data
5.3.1 Pra ujian
(Set A- sebelum penambahbaikan dijalankan)Analisis data
Set A/Pra Ujian merujuk kepada dapatan yang diperolehi sebelum penambahbaikan
pengajaran dijalankan.Terdapat 3 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi
instrumen:
a) Data
melalui nota
b) Data
melalui temubual awal
c) Data
melalui soal selidik guru
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Bil
|
Perkara Pelaksanaan Tindakan
|
Cara
|
Rasional
|
Catatan
|
1
|
Mengenalpasti focus dan relevenya
|
Mengumpul data, membuat perbincangan, temubual
|
Penting untuk mengesahkan bahawa isu kajian memang
wujud di sekolah tersebut.
|
|
2
|
Mengumpul data dan dapatan
|
Soal selidik, temu bual, menyemak rekod-rekod keputusan
akademik, pemerhatian
|
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
|
|
3
|
Menganalisis data
|
membuat jadual,
carta, graf.
|
Dapatan dan maklumat dapat difahami dengan lebih mudah
dan tepat.
|
|
4
|
Mengenalpasti kelas / murid yang terlibat
|
Berdasarkan analisis data
|
Usaha penambahbaikan dapat dilaksanakan dan dapat
melihat kesan yang diperolehi selepas tindakan.
|
|
5
|
Menjalankan penambahbaikan
|
Melalui p&p di dalam kelas atau program yang telah
dirancang dengan keizinan pihak sekolah.
USAHA PENAMBAHBAIKAN
*memberikan pendedahan kepada murid tentang amali dan
persekitaran serta kerjaya.
*menjalankan aktiviti amali secara berkumpulan
-memberi kebebasan murid memilih rakan.
-memberi lebih banyak input & inkuiri penemuan.
-bersoal jawab dengan murid
*mengiktiraf pencapaian murid dalam amali.
-memberikan ganjaran kepada murid yang melaksanakan tugas
dengan baik.
*guru mempelbagaikan kaedah mengajar teori (lebih teori
berbanding kemahiran lain murid teroka).
*sifat guru-adil, kecindan, asertif
|
Mengaplikasikan alternatif baru bagi mengubah
perspektif dan pencapaian murid.
|
|
6
|
Menilai keberkesanan penambahbaikan
|
Soal selidik, pemerhatian, temubual.
|
Mengetahui kesan daripada usaha penambahbaikan
yang telah dibuat samada positif atau negatif.
|
|
5.4.1 Jadual
Pelaksanaan KajianTindakan
Bil
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
1.
|
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal
|
20.03.2012
|
2.
|
Menulis proposal kajian
|
22.03.2012
|
3.
|
Menghantar proposal kajian
|
27.03.2012
|
4.
|
Merancang tindakan
|
30.03.2012
|
5.
|
Melaksanakan aktiviti 1
|
04.04.2012
|
6.
|
Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti
1
|
06.04.2012
|
7.
|
Melaksanakan aktiviti 2
|
12.04.2012
|
8.
|
Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti
2
|
14.04.2012
|
9.
|
Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar
|
18.04.2012
|
10.
|
Refleksi kajian
|
30.04.2012
|
11.
|
Menulis laporan kajian
|
05.05.2012
|
12.
|
Pembentangan dapatan kajian
|
12.12.2012
|
5.4.2 Kos Kajian
Bil
|
Jenis Alatan/Bahan
|
Kos
|
1.
|
Kertas A4/ 80g(1 Rim X RM 13.00)
|
RM 13.00
|
2.
|
Kad Manila (6 X RM 0.60)
|
RM 3.60
|
3.
|
Marker Pen (4 X RM 2.20)
|
RM 8.80
|
4.
|
Mountin Board (4 X RM4.00)
|
RM 12.00
|
5.
|
Dakwat Pencetak
|
RM 25.00
|
6.
|
Photostat
Bahan & Laporan Kajian RM 15.00
|
RM 15.00
|
7.
|
Buku Catatan Guru
|
RM 3.00
|
|
Jumlah
|
RM 80.40
|
BIBLIOGRAFI
Sang, M.
S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.
Dunn (1980); Joseph Gomez (1999, 2000). Gaya Pembelajaran: Satu
Literatur.Jabatan Ilmu Pendidikan
MPSK. Jilid 2: Bil. 3
Kolb (1990); Naina Mohd. B. Md. Noor (1999, 2000).
Stail pengajaran guru
dan
gaya pembelajaran murid. Jurnal Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim. Jilid 2: Bil. 3
Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2000).Sukatan
pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan
Muzik.
Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Holland (1973);
Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993).
“Guru
dan Perguruan.” Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka –Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Thorndike,
Weics dan Danis (1968),
dalam Hashim (2000); Noran
Fauziah Yaakub,Ahmad Mahdzan Ayob
(1993). “Guru dan
Perguruan.” Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tribus, M. (1992). Quality first: Selected papers on quality and productivity
improvement.National Society of Professional Engineers (4th Ed.).
ASIN:
B0006OXP8Y
Rosli
Sahat, Badrul Hisham Alang osman,Kartini Abdul Mutalib. Ahmad Shabudin Yahaya.
(2011). Kajian Tindakan Untuk PISMP. Ipoh: IPG kampus Ipoh.
Laman Web:
www.scribd.com/doc/54405418/Implikasi-Dan-Kepentingan-Falsafah-Pestalozzi-Dalam-Pendidikan-Muzik
(25 Mac 2012)
Thank you Cikgu. Contoh ini amat membantu saya....
ReplyDelete