Wednesday 14 June 2017

CARA-CARA DAN LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGEKAL DAN MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA          
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
 Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
 Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Rao
PERPADUAN BERBILANG KAUM MENERUSI KERJASAMA POLITIK DI MALAYSIA
Pada pilihan raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1952, Pengerusi Parti MCA Selangor H.S. Lee dan Ketua Jawatankuasa Kecil Pilihan raya UMNO Kuala Lumpur telah bersepakat untuk bekerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai, UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA dan begitu juga sebaliknya. Malah, kedua-dua pihak akan saling bantu membantu iaitu penyokong UMNO dan MCA akan mengundi kedua-dua parti. Strategi ini telah membuahkan kejayaan yang cemerlang iaitu memenangi sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan dengan mendapat undi yang besar. Seterusnya, pakatan UMNO dan MCA ini telah diamalkan di tempat-tempat lain bagi pilihan raya tempatan seperti di Johor, Melaka dan terbukti kemenangan berada di pihak mereka. Kejayaan demi kejayaan yang diraih membuatkan keduadua pemimpin parti ini telah mempertimbangkan kesan baik dan buruk jika kerjasama ini dipanjangkan di peringkat kebangsaan. Pada tahun 1953, pemimpin UMNO dan MCA telah berunding dan akhirnya keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk menghadapi pilihan raya umum pertama bagi Tanah Melayu, dengan tujuan untuk menduduki Majlis Undangan Persekutuan. Pada pilihan raya pertama bagi Tanah Melayu ini, tiga parti terbesar yang mewakili tiga kaum Melayu, Cina dan India iaitu UMNO, MCA dan MIC telah bersepakat untuk bergabung. Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada pilihan raya ini jumlah kerusi dan pembahagian kerusi menunjukkan pengundi Melayu berjumlah 84.2 peratus, pengundi Cina 11.2 peratus dan pengundi India 3.9 peratus. Peratusan ini menunjukkan kelebihan yang sangat besar kepada UMNO. Namun, UMNO telah bertolerasi dengan pihak MCA dan MIC dengan membahagikan 35 kerusi (69 peratus), MCA mendapat 15 kerusi (28 peratus) dan MIC 2 kerusi (3 peratus). Usaha ini jelas menunjukkan tolak ansur bangsa Melayu yang diwakili oleh UMNO walaupun bilangan kerusi ini tidak memadai dengan jumlah Bab 6.indd 135 3/10/09 6:01:58 PM 136 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik pengundi bangsa Melayu pada ketika itu, iaitu 50 daripada 52 kerusi kawasan yang dipertandingkan dikuasai oleh para pengundi Melayu. Hakikatnya, orang Melayu telah membuat pengorbanan besar demi perpaduan dan masa depan negara. Hakikatnya, keputusan pilihan raya telah memihak kepada Parti Perikatan yang berjaya memperolehi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dari sudut hubungan etnik, kemenangan ini memperlihatkan keistimewaan kerjasama antara kaum dan manifesto Parti Perikatan yang berjaya memikat hati penduduk Tanah Melayu. Manifesto Parti Perikatan ialah hasil tolak ansur dan kerjasama yang padu antara kaum di Tanah Melayu dalam usaha mempercepatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah British. (Zainal Abidin Abd. Wahid, 1983: 181-187) Penubuhan Barisan Nasional Barisan Nasional merupakan parti komponen pelbagai


http://eprints.utm.my/14762/1/FadilahZaini2009_PembangunanPolitikdalamHubunganEtnik.pdf