Wednesday 10 October 2012

PERSEMBAHAN KOIR


PERSEMBAHAN  KOIR
PENGENALAN
Koir adalah suatu ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."
Kelab koir ialah sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka. 
Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal vokal yang menyanyi beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni. Walaupun bukan penyanyi solo yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu.
Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri.
Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.
STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR
http://pic.srv104.wapedia.mobi/thumb/973814515/ms/fixed/230/178/Choir-layout.svg?format=jpg,png,gif







Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik(sama seperti orkestra). Konduktor-konduktor untuk koir  kadang-kala dipanggil pengarah koral,  pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.
Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.
Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik.  Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella.  Instrumen iringan secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzikal acapella.

  KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA
Biasanya dalam koir ini terdapat empat kumpulan suara. Tapi boleh jadi lebih dari itu. Tingkat-tingkat suara yang lazim adalah seperti soprano dan alto (wanita), manakala tenor dan bes pula adalah untuk lelaki. Bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya ada dua gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak perempuan.  suara ahli kumpulan akan duji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.

Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koir. Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam nyanyian 4 penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita. Dalam kumpulan 4 penyanyi  koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”. Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni mempunyai peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan nyanyian.

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di atas suara penyanyi bes dan di bawah suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.

Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.
Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-
  • Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi sopranoaltotenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
  • Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard


Tenor

  • Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA
  • Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (sopranoalto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

















LATAR BELAKANG PENUBUHAN  KUMPULAN KOIR
Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat. Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya, antaranya ialah :
1.      Saiz kumpulan
2.      Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara
3.      Jumlah atau bilangan penyanyi
4.      Pemuzik Iringan
5.      Alat Muzik Iringan
6.      Keupayaan Guru.
7.      Tempat Latihan
8.      Jadual Latihan
9.      Surat menyurat
10.  Skor atau gubahan-gubahan lagu.
Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur berikutnya ialah:
ü  Menentukan tarikh uji bakat
Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.
ü  Melaksanakan uji bakat
Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.
Penyanyi yang telah terbina identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan. ‘Warm up’ perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekara-pekara berikut;
ü  Tempo
Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah;
Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan.
Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

ü  Renj
Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.


ü  Tone Suara
Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan.

ü  Irama
Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama ‘up beat’ atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan dengan betul.

ü  Ketepatan Pic
Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.B
Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. Pemberatannya ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan. Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut;
1. Soprano
2. Alto
3. Tenor
4. Bes
Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan.
Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut;
1.      Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan.
2.      Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan)
3.      Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.
4.      Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu
dengan iringan piano.
5.      Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.

KESERAGAMAN KOIR
ü  Permulaan dan tamat (attack and released)
Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik.
ü  Menentukan aras dinamik
Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.
ü  Pakaian
Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguan–gangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.
ü  Gaya persembahan
Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya.

 KESIMPULAN
Melalui perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir akan dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Malah sistem penjadualan dan sikap yang tegas dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan akan menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik.
            Cara mengendalikan latihan dengan mengadakan ‘warm-up’ vokal dan tubuh turut menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal yang berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya kerana sesi tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan. Contohnya senaman ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti ‘bubbling’, ‘humming’, dan cara latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang menarik lagi berkesan.
Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir juga perlu diberi tumpuan untuk menarik mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Latihan yang betul dan berkesan penting kepada ahli koir. Selang antara hari latihan tidaklah terlalu lama dan ahli koir perlu mengadakan sesi latihan sepanjang masa sehingga hari pertandingan. Perhatian yang kurang akan menyebabkan kumpulan koir menjadi lemah dan kurang komitmen. Jurulatih dan pelajar mesti ada kesungguhan yang kuat untuk memenangi sebarang acara atau pertandingan itu. Pujian atau motivasi perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan.







PERALATAN MUZIK GAMELAN

  GAMBANG

 GONG

 KENONG

 GENDANG


MUZIK GAMELAN

GAMELAN
PENGENALAN
Gamelan berasal dari perkataan Jawa (gamel) yang bermaksud pukul, tukul atau pukul. Gamelan mula dimainkan dalam istana kerajaan Kediri di Jawa Timur sebelum dibawa masuk ke istana kerajaan Riau Lingga pada kurun ke -17. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud 111, gamelan menjadi ensembel muzik penting di istana Johor Riau. Kemudiannya ia dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa majlis perkahwinan Tengku Husin (putera sulung sultan Mahmud 111) dengan puteri Bendahara Tun Ali di Pahang. Oleh kerana Tengku Husin tidak dapat kembali ke Istana Riau selepas kemangkatan Sultan Mahmud 111 maka Tengku Abd Rahman, putera kedua Sultan Mahmud 111 akhirnya telah ditabal sebagai sultan yang baru.


Perkembangan Gamelan

Dari Pahang, gamelan kemudian dibawa ke Terengganu semasa perkahwinan diraja antara Tengku Suleiman(Terengganu) dengan Tengku Meriam(Pahang). Gamelan telah mencapai zaman kegemilangannya apabila Tengku Suleiman ditabal sebagai Sultan Terengganu. Baginda bersama Permaisuri Meriam melatih generasi baru penggiat seni persembahan gamelan. Di Pahang pula, Tengku Ampuan Wan Fatimah(Wan Cha) dan Che Zabedah (isteri kedua sultan) bersama Encik Wan Ahmad, Encik Wan Mohamad dan Encik Ahin terus berusaha dan berjaya meningkatkan seni persembahan gamelan ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini dinaungi sendiri oleh Sultan Ahmad Muadzam Shah, Sultan Pahang. Tahun 1914, Che Zabedah (Pahang) berpindah untuk tinggal bersama puterinya Tengku Meriam dengan membawa bersama penggiat gamelan Pahang ke Terengganu. Kedua-dua kumpulan ini bergabung dan bergiat aktif dalam seni gamelan di Terengganu. Pada zaman kegemilangan gamelan di Terengganu, banyak lagu baru dicipta antaranya Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, dan Lancang Kuning. Tengku Meriam telah menerbitkan beberapa artikel berkaitan muzik gamelan. Semua aktiviti ini di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu. Gamelan mengalami kemerosotan selepas penaklukan Jepun. Tahun 1979, set gamelan asal yang berada di Terengganu telah dikembalikan dan kini terpamer di Muzium Di Raja, Pekan Pahang

LIRIK LAGU KBSR TAHUN 3


LAGU KBSR
TAHUN 3


NEGARAKU
MELAKA MAJU JAYA
WAWASAN PENDIDIKAN MELAKA


NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta


  
MELAKA MAJU JAYA

Melaka negeri Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya

Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya


  
WAWASAN PENDIDIKAN MELAKA

Di sini di negri bertuah ini
Harmoni berbudaya bersejarah
Bermula satu peradaban bangsa
Berdaulat nama mu Melaka

Mendidik anak bangsa semua
Akademik tinggi menjulang
Sahsiah terpuji dan terbilang
Memjadi pewaris dan pejuang

Melaka termasyhur namamu
Gurunya tekun dan berwibawa
Pelajar berilmu dan berjaya
Wawasan Pendidikan Melaka

Kami berjanji berusha sekata
Berkhidmat Bertindak Segera
Menuju pendidikan bestari
Untuk negri Melaka


  
ADIKKU
Tidurlah adikku, emak banyak kerja
Tidurlah adikku, adikku cepat besar
Oh adikku sayang, rajinlah belajar
Oh adikku sayang, adikku lekas pandai


  
AIS KACANG
Ais kacang, ais, ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai ais kacang diminta
Susu dan jagung, kacang dan lengkong
Air gula berwarna
Campur semua, enak rasanya
Kegemaran kita semua


   
AJARAN BAIK
Marilah kita sama bekerja
Bergotong-royong bersama-sama
Tolong-menolong di mana saja
Bantu membantu tandanya jaya
Waktu di padang kita bermain
Kejar-mengejar sihatkan badan
Janganlah ingat pada yang lain
Ajaran baik buat teladan



ANAK ITIK TO' WI
Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wi
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sengal tulang



AYAM DAN MUSANG
Ibu ayam dikejar musang
Anak ayam cari ibunya
Ibu ayam berlari, terus lari
dan ditangkap musang
Anak ayam mencari, terus cari
ibunya yang hilang
Oh kasihan, oh kasihan, aduh kasihan } 2 X
Aduh kasihan, aduh kasihan



AZAM KITA
Wahai teman semua
Kuat kan azam kita
Rajinlah belajar sentiasa berusaha
Untuk mencapai cita
Mari ikrar bersama
Janji sumpah setia
Pabila dewasa kita kan berjasa
Pada nusa dan bangsa



BERDAYUNG SAMPAN
Marilah kawan-kawanku semua
Sama-sama berdayung
Sambil berdayung kita bergembira
Menyanyi sama-sama
Dayung, dayung sampan lajulah laju
Menuju ke seberang
Sambil mengharung ombak dan gelombang
Kita bersama riang



BETIK
Betik, betik, hai sedap rasanya
Betik, betik, hai banyak khasiatnya
Kupas betik buang kulitnya
Belah, belah buang bijinya
Ambil satu cuba rasanya
Hmm.. hmm.. sedap lazat rasanya



BURUNG BURUNG
Kasihan kau burung
Mengapa engkau dikurung
Terbanglah bebas di awan
Bermain berkawan-kawan
Wahai burung-burung
Penghibur hati yang rawan
Menyanyi bersiul-siul
Berkejaran dalam taman



KAMBING HITAM
Ada seekor kambing, warnanya hitam
Ianya sudah tua, janggut pun panjang
Tanduknya panjang, rupanya garang
Jangan diganggu, nanti diluru
Di waktu petang, lepas di padang
Guruh berbunyi, larilah pulang

Embek.. embek.. embek.. embek.. embek..]
Tip tap, tip tap,, hujan dah turun........................] 2 X



BURUNG DAN SUASANA
Pagi dah menjelma, bersinar suria
Haripun cerah
Burung-burung pula, terbang sini-sana
Menyanyi ria
Bila hari petang, burung-burung pulang
Masuklah ke sarang
Hari mulai kelam, suria terbenam
Haripun malam



BUNGA RAYA
Kembang mekar di waktu pagi
Bunga Raya merah berseri
Warna merah gagah berani
Bunga Raya bunga pertiwi
Hidup subur merata-rata
Menghiasi kota dan desa
Kebanggaan rakyat semua
Bunga Raya bunga negara



DI JALAN RAYA
Bila berjalan sana sini
Jalanlah dengan hati-hati
Ikut panduan jalan raya
Jalan sibuk yang merbahaya
Pandang kanan pandang kiri
Langkah dengan hati-hati
Jangan gurau jangan senda
Maut akan tiba
Bila berjalan sana sini
Jalanlah dengan hati-hati
Ikut panduan jalan raya
Untuk keselamatan bersama



DI PUNCAK GUNUNG
Indahnya suasana,
Di atas puncak gunung
Kulihat di lembahnya
Berbalam kampung-kampung
Dinginnya aku rasa
Hawa di puncak gunung
Nyaman sungguh selesa
Buat aku termenung




HADIAH HARI LAHIR
Alangkah gembira hatiku
Menyambut hari lahirku
Ayah hadiahkan padaku
Sepasang sepatu baru
Ke sekolah aku menuju
Dengan sepatu yang baru
Akan kujaga setiap waktu
Hadiah hari lahirku






HIDUP BERBAKTI
Hidup yang berbakti, cita-cita suci
Amalan yang mulia, teguhkan negara
Wahai rakan semua, sambutlah seruan
Berbaktilah kepada negara
Negara Malaysia, tanah tumpah darah
Berbilanglah kaum, juga bangsa
Mari kita semua, bersatulah padu
Jauhkan sengketa, hidup bahagia






BACALAH
Kawan-kawan kecil dan besar ...............        Cubalah-cubalah membaca
Membaca hendaklah bersabar
....................   Carilah ilmu di dalamnya
Pilihlah buku yang berguna
........................  Dapat dijadikan panduan
Jangan suka buang masa
.. ......................       Menambahkan pengetahuan
Bukulah pelita, teman yang setia
Jangan rasa jemu, bacalah selalu
Kawan-kawan kecil dan besar
Membaca hendaklah bersabar
Pilihlah buku yang berguna
Jangan suka buang masa




JONG JONG INAI
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali } 2X
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki
Jong jong inai M
ak Ipung Rajawali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki
Semangkuk jeluk sepinggan dadar]
Tak cukup pulut tambah nasi dagang ..] 2 X
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali } 2 X





BUNGAKU
Merah, putih, kuning dan ungu
Warna bunga di halamanku
Segar, mekar sepanjang hari
Bau sungguh harum memikat hati
Nyaman rasa di waktu pagi
Bunga indah menari-nari
Terbang datang si rama-rama
Berkejar-kejaran menyeri bunga






RUMAH KECILKU
Rumah kecilku sayang
Letak di tepi sawah
Sungguh comel dipandang
Kudatang pagi petang
Bila padiku dah masak
Kerja pun banyak
Pipit mulalah menyerang
Aku meradang






AIR TERJUN
Dari jauh bunyi berderu-deru
Umpama angin yang bertiup kencang
Rupanya air yang terjun tinggi
Melompat-lompat dengan tak berhenti
Lihatlah cantiknya, air terjun namanya
Marilah kawanku, mandi bersama
Dari jauh bunyi berderu-deru
Umpama angin yang bertiup kencang
Rupanya air yang terjun tinggi
Melompat-lompat dengan tak berhenti




HARI NAK HUJAN
Angin bertiup, awan berarak
Itu tandanya hari nak hujan
Kilat menyabung, guruh berdentum
Itu tandanya hari nak hujan
Hujan pun turun membasah bumi
Penghuni alam rasa bersyukur
Angin bertiup, awan berarak
Itu tandanya hari nak hujan
Itu tandanya hari nak hujan





INGIN TAHU
Ibu, ku ingin tahu, cuba katakan kepadaku
Pohon merendang, daun menghijau
Mereka membiak oh bagaimana
Kecil dan besar, bermacam rupa
Hidup subur merata-rata
Anakku, banyak caranya
Dari keratan dan benihnya
Lumut di air, kulat, cendawan
Membiaknya dari sepora






KERJA BAPAKU
Bapaku seorang guru, Balik ke rumah pukul satu
Waktu petang periksa buku, Bila malam mengajarku
Bapaku seorang tani, pergi ke kebun waktu pagi
Penat lelah tidak terperi, cari makan untuk kami
Bapaku seorang doktor, tugasnya berat setiap masa
Sungguh taat dan berjasa, orang sakit jumpa dia







KUIH KARIPAP
Oh kuih karipap, kuih asli Malaysia
Oh kuih karipap, kuih yang paling sedap
Di luarnya tepung di dalamnya berinti
Berintikan daging, kentang dan juga udang
Berbagai jenis kuih karipap
Ada digoreng ada dibakar
Dicampur mentega, garam dan juga telur
Menambahkan sedap bila makan karipap






MEMANCING IKAN
Pakcik suka pergi memancing ikan
Pancing dari pagi hingga ke petang
Dibawanya bekal bersama umpan
Banyak dapat ikan hatinya senang
Pakcik balik rumah bila dah petang
Ikan pun digoreng dimasak pindang
Ajak kawan-kawan jiran tetangga
Pakcik sekeluarga makan bersama





NASI LEMAK
Nasi lemak, nasi lemak
Mari makan nasi lemak
Kita makan waktu pagi
Tidak lapar siang hari
Ada lauk sambal tumis
Kalau pedas jangan nangis
Mari lekas adik manis
Kalau lambat nanti habis






NASIHAT
Wahai rakanku semua
Yang jauh dan dekat
Ingatlah nasihat guru
Yang sangat berguna
Janganlah main waktu belajar
Dengarlah apa kata guru
Buatlah apa guru suruh
Tuntutlah ilmu







NASIHAT ORANG TUA
Nasihat rang tua
Jagalah tutur kata
Curang, tamak dan dengki
Jangan simpan di hati
Nasihat rang tua
Buat baik berpada
Jahat jangan sekali
Barulah disegani






NELAYAN
Nun di sana ramai nelayan pulang
Dengan hasil dari menangkap ikan
Di tepian ramai orang menanti
Besar kecil dengan hati gembira
Sungguh banyak berjenis-jenis ikan
Bawal, Pari, Cencaru dan Gelama
Di tepian ramai orang membeli
Sungguh riang rasa senang di hati






PELANGI
Bila hujan turun waktu siang hari
Lahirlah pelangi cantik berseri
Bilang sampai tujuh beraneka warna
Bila hujan teduh ia pun tiada
Warna sungguh indah dan menawan hati
Menarik pandangan yang memerhati
Oh sayang sekali hanya sementara
Bila hujan teduh ia pun tiada






PERGI BERKELAH
Bila hari cuti di hujung minggu
Saya berkelah bersama keluarga
Dekat air terjun nun jauh di desa
Sungguh seronoknya bermandi-manda
Airnya pun jernih sejuk rasanya
Mengalir perlahan sungguh menawan
Sambil sukaria menyelam berenang
Bermain pelampung hatiku senang






SEMUT
Tubuhnya yang kecil, badan berkerat tiga
Ada enam kaki sesungut di kepala
Ada yang melata dan terbang di udara
Bermacam bentuknya bermacam warnanya
Serangga yang halus sangat rajin bekerja
Tak mengira siang malam
Tekun dan usaha, dua sikap mulia
Marilah kita amalkannya





SENJA MENJELANG
Bila senja menjelang
Burung pun terbang pulang
Mencari-cari sarang
Di dahan pohon ara
Matahari tenggelam
Cahaya mula hilang
Berasa segar udara
Menanti senja menjelang







SUNGAI
Airmu mengalir, dari gunung jauh di sana
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti hingga sampai di laut nanti