Ciri-ciri seorang
guru yang cemerlang
Menurut kajian Office
for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kongdom,
yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat
tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
- Mengetahui
dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
- Mempunyai
harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
- Merancang
pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
- Mengurus
pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
- Menggunakan
masa dan sumber secara berkesan
- Melaksanakan
penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
- Memberikan
kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di
sekolah
Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul
Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
·
Bersikap profesional.
·
Mempamerkan ciri-ciri
kekuatan teori.
·
Kaya ilmu.
·
Bertindak di atas
landasan etika dan tatasusila kerja.
·
Bermoral teguh.
·
Sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
·
Prihatin dengan kehendak
murid dan ibu bapa.
·
Berkebolehan menilai
kekuatan dan kelemahan murid-murid.
·
Melengkapkan diri dengan
kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·
Menampilkan watak
terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
·
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di
dalam kelas.
·
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya
pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
·
Berupaya membina minda
pelajar yang cemerlamg
akademik.
·
Berupaya membentuk
perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
·
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
·
Menunjukkan kesetiaan
kepada kerajaan, bebas
pendirian, tidak berbelah
bahagi.
·
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan
• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.
• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .
Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:
• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.
1.KECEMERLANGAN PERIBADI
*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif
2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
ESEI
Ciri-ciri seorang
guru yang cemerlang
1.0 Pendahuluan
Di Malaysia, guru atau
pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan.
Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara.
Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau
dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan
guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang
sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki
ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu
tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap,
bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas
sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang
pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer,
zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan
sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu
memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan
yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti
menjamin organisasi sekolah dan negara
mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan
2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat
jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula
berhasrat Membangunkan
sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan mematuhi
aspirasi Negara Malaysia. Sesungguhnya Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan yang diwujudkan di
Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan
keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar
kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di
sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem
pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan
Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian
dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan
dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan
atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh
setiap anggota masyarakat. Adab
bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan
kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,
persatuan atau
pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada
penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk
mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah
dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini
akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku
anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan
amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan
merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas
4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas
Tonggak
Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul
Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di
Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur. Tonggak Dua
Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam Etika Perkhidmatan
Awam. 4.2Nilai Murni dalam Tonggak
Dua Belas
4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)
4.2.2Ketekunan Membawa
Kejayaan (The Success o Perseverance)
4.2.3Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)
4.2.4Kemuliaan Kesederhanaan
(The Dignity of Simplicity)
4.2.5Ketinggian
Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.6Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8
Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9Kebijaksanaan
Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10Keutamaan
Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11Peningkatan Bakat
(The Improvement of Talent)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)
4.2.12Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)
5.0Kepentingan
Tonggak Dua Belas Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga; “Tonggak membawa maksud
asas, dasar, panduan dan pokok kepercayaan“
Ini
bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting untuk
menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan,
tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif
bagi
menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu hasrat
dan tindakan.
5.1Tonggak
Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di
Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman
dan luaran.tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan
perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti.
Amalan-amalan murni dalam Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan
benteng pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan
seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah
organisasi.
5.2Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam
menyedari kepentingan masa dalam segala urusan perkhidmatan. Jika cekap
mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Penjawat awam perlu sentiasa
menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan
berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang
masa, kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil
yang tidak berkualiti.
5.3Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya
membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan
kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah,
berdisiplin, berdedikasi bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan
ramuan terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik.
Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya bertangguh, cepat
bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif
dalam kalangan penjawat awam.
5.4Kerja
sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi
nilai Keseronokan Bekerja
dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif
nilai ini akan melahirkan penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga dengan kerja
berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan kegagalan secara bersama. Mereka
mempunyai komitmen tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan
organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan
mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi
untuk merancang, mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.
5.5Bersederhana dalam semua perkara merupakan
perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan
Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan diri,
pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya menerapkan nilai budi
pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan berhemah tinggi dalam
kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan mengelakkan
penjawat awam bersikap sombong, membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.
5.6Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan
berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi
dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu antara lain memiliki keperibadian
yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan perkhidmatan. Keperibadian
tinggi terserlah menerusi watak, sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang
memiliki Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan,
peningkatan motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja.
5.7Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan
disukai ramai.
Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua
Belas menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki peribadi terpuji malah
mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan
kewajipan dengan lebih adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa.
Menjadikan nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan
budaya saling menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni.
5.8Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti
memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi
orang yang dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua
Belas. Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang
hebat. Pemimpin bukan sahaja
mencorakkan organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang dipimpin
menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika
seseorang pemimpin dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam
yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad
dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan mementingkan
emosi.
5.9Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan
yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin
oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak
Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya
kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan
sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi
mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan
Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa,
malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu
kerja .
5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.
Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu
rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai Kebijaksanaan
Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini
membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa,
bahan komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini
merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya
dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros,
bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang maklumat dan
sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan
organisasi.
5.11Sabda Rasulullah (s.a.w)
bermaksud “ Sabar itu salah satu dari cabang iman
“.
Sabar itu sifat terpuji yang
tinggi kedudukannya. Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas
dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa
tabah, bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima
takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelak
penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah
daya tahan dan berpandangan sempit.
5.12Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu
digilap dan
dipertingkatkan
dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan, inovasi dan
penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah
organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan Bakat dalam Tonggak
Dua Belas. Organisasi yang sentiasa berjaya selalu memberi tumpuan kepada
pemikiran baru, cara baru, watak baru dan kerja berbudaya.
5.13Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa
puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan
kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka
sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang
kepada penjawat awam berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam
mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja
memberi impak kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau
pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka
pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.
6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah
Memandangkan tugasan yang di
beri kepada penulis untuk memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas, maka
penulis memilih lima nilai yang dikenalpasti.
Penulis
merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah luar bandar yang terletak di
kawasan FELDA. Sekolah ini di buka pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah
mempunyai kelayakan guru seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid
sekitar 730 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Penulis memilih lima nilai
dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di
sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-
a. Menghargai Masa
b. Ketekunan Membawa Kejayaan
c. Keseronokan Bekerja
d. Pengaruh Teladan
e. Kewajipan Menjalankan tugas
6.1 Menghargai Masa
6.1.1 Menepati Masa
Budaya dan amalan menepati
masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru
diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan berikut: -
a.
Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi
hingga jam 2.00 petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke sekolah dan
mula diurus dengan mencatat kehadiran mereka.
b.
Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan waktu pembelajaran
bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat dalam
jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk
dan keluar pada
waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain
seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan.
Kakitangan sekolah juga mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan
tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi lain. Guru diterapkan
budaya “sense of emergency” dan “sense of urgency”. Sebagai langkah kawalan
senarai semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati masa disediakan seperti
Buku Surat Masuk, Buku Surat Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya.
d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan
kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa semasa menghadiri mesyuarat,
kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Nasihat
ini bertujuan agar warga sekolah ini berketrampilan dalam menepati masa dan
membina sifat terpuji sebagai penjawat awam yang baik.
6.1.2 Merancang Pengurusan Masa
Sesi
persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari 205 hari. Masa yang
diberi amat singkat untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa yang
diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerja
tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai.
Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya mengamalkan budaya merancang
pengurusan masa iaitu :
a. Merancang takwim tahunan sekolah pada awal
tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum, takwim kokurikulum, takwim
peperiksaan dalaman dan awam, takwim sukan dan permainan, takwim kewangan dan
audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim program PIBG dan NGO dan
sebagainya.
b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk
mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan “yang utama diutamakan dahulu“,
memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada “target date“ dan sebagainya.
Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat kapasiti huraian sukatan
pelajaran, kebolehan murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan
untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung tahun.
6.1.3 Menyegerakan tugas Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah berkualiti.
Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan
di sekolah
6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target
sekolah.
a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga
sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan misi dan visi ini dengan
tekun dan gigih.
b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat
visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua murid berpotensi lulus
dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan
setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya
mencetus situasi mencabar dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan
gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan sekolah.
c. Kejelasan dan
penghayatan perkara di atas juga menuntut warga sekolah menambah ilmu,
kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan
pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan kebijaksanaan,
mengatur strategi, melaksana program dan melakukan penilaian menjadi proses
penting untuk mencapai visi, misi dan target sekolah.
6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan
dan Kesepunyaan.
a. Ketekunan dan
kegigihan melakukan sesuatu kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan pencapaian
sekolah terserlah jika memiliki pasukan
kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara
bersama-sama. Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting.
Kesepunyaan bermaksud segala yang
berlaku adalah milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga
sekolah begitu tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada
aktiviti kecil seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang Zohor berjemaah
di surau sekolah, menubuhkan pasukan pantun, hari keluarga, sukan tahunan
sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti program prestasi
untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40,
PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.
6.2.3Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan Tanpa
Pengorbanan“
a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam
berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja. Sebagai contoh
guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam setiap program
atau projek. Mereka bekerjasama untuk mencapai target sekolah. Secara tidak
langsung budaya kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru
baru.
b. Budaya “in house training” turut diamalkan di
sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku. Guru
perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam menangani
masalah murid. Guru juga perlu memiliki pelbagai pilihan proses untuk mencapai
matlamat. Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan
ilmu dan kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagai–bagai cara mengatasi
masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai usaha untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid belum berjaya.
Guru perlu tekun mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan
matlamat tercapai. Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja
cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih baik daripada
hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.
6.3 Keseronokan Bekerja
Menurut
Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan
meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja
lebih
menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja
itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah
untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.
6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah
a. Warga sekolah
disemai kesedaran dan kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan
niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui perjumpaan
guru, mesyuarat, pembengkelan dan majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa,
bacaan Asma Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah,
majlis membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah
antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah. Warga sekolah
menyedari bahawa mereka pasti berusaha bersungguh-sungguh dan
mereka redha dengan ketentuan
Tuhan.
6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir
a. Warga sekolah
digalakkan meneroka ilmu pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar,
menghadiri kursus dan “in house training”. Sekolah membeli buku–buku
pendidikan, menyebar luas naskah- naskah pendidikan, menghantar guru berkursus
mengikut agihan tugas dan mengadakan “in house training” pada hari
Sabtu.
b.Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan
pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan, mesyuarat dan kajian
kes.
c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan
kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian pintar
dan lain-lain.
6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif
a.Membina kawasan sekolah yang kondusif
seperti selamat, bersih dan ceria.
b.Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti
penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami. Berlaku perkongsian
maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat.
6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan
a.Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang
permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan kantin
sekolah.
b.Kebajikan
warga sekolah diberi perhatian
seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.
6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran
a.Memberi peluang dan kebebasan kepada
guru untuk
membuktikan kebolehan seperti guru baru
mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru
olahraga,
setiausaha PIBG dan sebagainya.
b.Meningkatkan taraf profesionalisme guru- guru
dengan penggunaan maklumat yang berinovasi seperti analisis data, borang
potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama,
Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata, Pensijilan Terbuka dan
sebagainya.
6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“
a.Mengadakan
Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan
sebagainya di sekolah.
b.Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan
Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan kebajikan.
c.Sekolah bersedia
menjadi penganjur program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi
sekolah dan membina watak sekolah.
d.Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa
dengan komuniti yang lain.
6.4 Pengaruh Teladan
6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan
a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai
pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada warga sekolah. Pemimpin
sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai- nilai
murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak, beretika dan mendukung
dasar-dasar negara. Sebagai contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa,
pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan mementingkan
keselamatan.
b.Pemimpin
sekolah mengamalkan amalan- amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan
Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam
kalangan warga sekolah.
c.Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh- sungguh
mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini menggambarkan pihak sekolah
bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah
digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah disemai kecenderungan
meningkatkan standard prestasi yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan
warga sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan
pemimpin masa depan.
d.Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan turun
padang bersama warga sekolah yang lain dalam melaksanakan sebarang aktiviti
seperti latihan sukan
perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan
sekolah dan sebagainya.
6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional
Ishak (2003) menekankan
kepimpinan intruksional ialah memberi penekanan kepada keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Shimniok dan Schmoker (1992)
mengatakan kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam organisasi
sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran
dan pembelajaran. Sehubungan itu pemimpin sekolah
bertindak memberi contoh dan teladan kepada sekolah melalui kepimpinan
intruksional menerusi aktiviti berikut:-
a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.
b. Membantu guru menjalankan kajian terhadap
potensi murid melalui siri ujian dan peperiksaan yang dijalankan.
c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara
pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru dengan guru.
d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar
sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan warga sekolah serta
meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan seminar
yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,
KPM dan sebagainya.
e.Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan
kepada guru dengan mengadakan perbincangan mengenai potensi murid, prestasi
murid, nilai mula, targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan dan
pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.
f. Memupuk iklim
sekolah yang kondusif untuk keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sepertibilik darjah kondusif, alat bantu mengajar,
penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan kemahiran hidup, pusat sumber
sekolah dan sebagainya.
6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.
Mengikut Stenhouse dan Fink
(1986), guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional
tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka
tidak menolak nasihat, sokongan atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea
ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik
darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.
6.5.1 Menyemai
sikap professional dan cekap
a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi
dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah mencapai target 100% lulus
dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi lulus
peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit pembelajaran dan sebagainya.
b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif.
Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian tetapi melalui kajian,
pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di
setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah ditangani bermula dari
maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan
kemahiran prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan individu-individu
yang terlibat.
c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan
bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada
warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan sesuatu kerja.
Kefahaman yang jelas dan memahami prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan
minat yang mendalam untuk menjalankan kewajipan.
6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan
dan kemahiran
a. Warga
sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi bersesuaian dengan minat dan
kemahiran. Tugasan diberi mengikut kekananan,
opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya. Senarai Jawatan
Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum,
kokurikulum, keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai oleh
guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan kelayakan.
b.Pengagihan tugas ini juga berupaya membina
pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan semangat pemuafakatan,
keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia Bahasa
Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan menggembeleng semua ahli panitia
bersama program yang telah dipersetujui.
c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian
semasa individu atau pasukan kerja sekolah. Langkah ini akan memberi maklumat,
berkongsi maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu atau pasukan yang
belum mencapai prestasi yang diharapkan akan
terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka.
Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid
cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga sekolah,
taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan sebagainya.
7.0Penutup
Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu perkhidmatan awam berada
pada tahap yang cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan
pelbagai prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang
perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh yang demikian,
Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi meningkatkan produktiviti
dan kualiti perkhidmatan anggota- anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam
perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai
pegangan asas bagi melahirkan budaya kerja yang gemilang dan memastikan tahap
perkhidmatan awam di negara ini setanding dengan perkhidmatan yang diberikan
oleh kakitangan-kakitangan sektor lain. Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa
mutu perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering
lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat awam seharusnya
memberikan usaha yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya
sekadar “melepaskan batuk di tangga” kerana berasa selesa dengan kedudukan
mereka pada hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana
cabaran yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar
Hal ini juga tidak terkecuali
bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar
dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan
oleh guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan guru-guru
sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan mempersiapkan diri dengan
ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi memastikan wadah
pendidikan yang sempurna kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Rujukan
:
1.
Akta Pendidikan Malaysia 1996.
2.Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN
3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
4.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).
3.Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
4.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).
Jemaah
Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.
6.Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan
Islam.
KL:DBP
7.Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah
Menangani
Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan
Budiman Sdn . Bhd.
Ciri-Ciri Guru Cemerlang
Profesion perguruan
bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan
pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai
insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui
pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya
mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh
masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan
kepada dua aspek utama iaitu:
- Ciri-ciri personaliti
seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous
(jenaka) dan tegas.
- Aspek kemahiran pedagogi
seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan
badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang);
kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran
(2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan
Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam
pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 –
178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
- Nilai kendiri yang positif
- Berakhlak mulia
- Adil
- Bertimbang rasa
- Amanah
- Bertanggung jawab
- Kreatif
- Inovatif
- Kemas
- Sikap sedia berkongsi
- Bersikap terbuka
- Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan
dan kemahiran:
- Mengamalkan budaya ilmu
- Berkebolehan menyelesaikan
masalah
- Membuat keputusan yang
rasional serta objektif
- Sebagai pakar rujuk bidang
masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah
suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata
utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru
cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
- Kecekapan berinteraksi dan
menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
- Memula dan merintis sesuatu
usaha sehingga berjaya.
- Berkeupayaan memelihara
hubungan mesra.
- Menghormati semua ahli
masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
- Keberkesanan sumbangan
terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
- Penglibatan yang bermakna
dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar,
bengkel.
- Sentiasa berusaha
meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan
tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan
atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang
perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
- Adil
- Sabar
- Tegas
- Konsep kendiri positif
- Kesungguhan
- Mesra
- Prihatin
- Kerjasama
- Menepati masa
- Bertanggung jawab
- Berakhlak mulia
- Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3)
sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan
dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.
Ciri Ciri-ciri
Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi -ciri Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi
terima kasih tuan atas pekongsian ilmu.....
ReplyDeleteTerbaik.
ReplyDeletenjd
ReplyDelete