Thursday 7 November 2019


Obesiti-Faktor, Kesan dan Rawatan
SUMBER: ACADEMIA
PENGENALAN
Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisulemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakanorgan-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak.Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Olehitu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya duakali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya. Selain itu, Indeks Jisim Badan(BMI) melebihi 40 atau 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi ataudiabetis serta mereka yang gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjangsekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Menurut kamus DBP,Kuala Lumpur, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dantekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmatikehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri.
FAKTOR OBESITI
Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil danyang digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Terdapat banyak penyebab yang dikaitkan denganlebihan berat badan dan obesiti tetapi faktor sosial dan persekitaran sama ada peningkatan pengambilan tenaga atau berkurangan aktiviti fizikal memainkan peranan penting terjadikeadaan ini. Ini berkaitan dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktivitifizikal generasi muda dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Kajian yang telah dibuat telah mencadangkan lebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak lebih kepada kurangnya aktiviti fizikal dan bukannya lebihan makanan dan pada remaja ia lebih dipengaruhi oleh kurangnya aktiviti fizikaldan lebihan makanan (WHO, 1990).Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi penyakitkoronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti diabetes,hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi (HDL)(Pollock &Wilmore, 1984). Hipertensi yang di alami oleh mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah adalah dicatat pada kedua-dua bacaan sistolik dan diastolik (Wan Mohamad et al., 1996). Lebihan berat badan dan obesiti juga mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah menunjukkan bahawawalaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200% dalamkeadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon tersebut. Inimenjelaskan terdapat kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau kedua-duanya. Penurunan berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah (Pollock & Wilmore, 1984).Kajian ini dijalankan bagi mengukur magnitud lebihan berat badan dan obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah (tingkatan IV & V) di Kelantan dan faktor-faktor yang menyumbangkepada masalah tersebut.
Masalah berat badan ini sebenarnya berpunca dari kesalahan dan kelalaian diri kita kerana kemudahan dan kemewahan hidup yang diperolehi oleh kita. Menurut Norkumala (2007),masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik danakhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidaksihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.Ini sejajar dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek iaitu jika kitatidak membetulkan tabiat makan akan mengakibatkan kita mengalami masalah berat badan padamasa akan datang ( Berita harian, 2007). Ini menunjukkan bahawa tabiat amalan pemakananyang tidak sihat dan betul akan mengakibatkan masalah berat badan kepada seseorang individu.Aspek pemakanan ini perlu diberikan penekanan dari kecil lagi sebagai langkah untukmengelakkan tabiat pemakanan dan berat badan bertambah seiring dengan peningkatan usiaseseorang individu. Namun begitu menurut Hanee (2006), berat badan seseorang dapat menunjukkan bahawa jumlah nutrien dan pemakanan yang mesti diambil. Jika tidak ia mungkin akanmengakibat seseorang itu mengalami masalah berat badan. Pendapat ini dapat disokong olehZainab (2001), ia menyatakan bahawa orang dewasa perlu menentukan pengambilan makanandan penggunaan tenaga seimbang untuk menetap dan mengawal berat badan. Jika ini dijadikansebagai panduan kepada pelajar ia boleh mengelakkan pelajar mengalami masalah berat badan.Ia bermakna pelajar itu sendiri yang menentukan jumlah pemakanan berat yang perlu diambil pada setiap hari, tidak semestinya tiga kali sehari jika ia merasakan memadai untuk hanyamengambil dua kali menu hidangan berat sehari.Jika masa makan yang tidak menentukan diamalkan ia pastinya memberikan kesan bukan sahaja kepada berat badan tetapi kesihatan juga. Ia sejajar dengan apa yang diperkatakanoleh Azmi (2005), kesibukkan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masadidepan komputer menjadi punca masalah berat badan. Jika perkara ini tidak diberikan penekanan pastinya akan mengakibat masalah berat badan akan terus meningkat.Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memilikianak-anak yang gemuk juga. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, makaunsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akanditurunkan kepada bayi dalam kandungan.
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada satu bahagian otakyang disebut hipotalamus, iaitu kumpulan inti sel otak yang berhubung dengan bahagian- bahagian lain daripada otak dan kalenjar di bawah otak. Dua bahagian hipotalamus yangmempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’(HL) yang menggerakkan nafsumakan, ‘hipotalamus ventromedial’(HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan. Daripadahasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, makan individu menolak untuk makan atau minum dan akan mati kecuali dipaksa makan dan minum. Sedangkan kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus makan dan kegemukan.Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannyanormal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan.Orang yang gemuk cenderung makan apabila merasa ingin makan, bukan makan ketika ia lapar.Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar keluar daripada perangkapkegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untukmengurangkan berat badan.Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti,apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakansenaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam,gempal dan gemuk.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan dalam bungkusan atau tinturut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald  dan  Pizza  Hut digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yangdisediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat danmengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi.Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihatseperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
KESAN OBESITI
Sakit Jantung
Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kitadan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Mereka yangmengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.
Darah Tinggi
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan darahtinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yangrendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride  yang tinggi boleh menyebabkan salurandarah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnyaakan meningkat.
Kanser
Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanserendometrical iaitu kanser lining uterus, kolon,  gall bladder , prostat, buah pinggang dan  postmenopausal, breast  kanser.
Penyakit Kencing Manis
Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan danmempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudahterdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yangmungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkandengan tumor darah.

Emosi Tidak Stabil
Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan seringmenganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidakdapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lain
Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan Mental
Markus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental.Kesan mental ini belum dikaji secara meluas sebagai kesan sampingan obesiti fizikal.Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa obes yang negative menjejaskan kesihatan mental.Persaan rendah diri adalah perkara biasa dalam kalangan orang yang obesitinya teruk. Kadarkemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi kerana kajian di Sweden mendapati orang yangobesitinya teruk adalah tiga hingga empat kali lebih cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbangan dan kemurungan, berbanding mereka yang mempunyai berat badan yangideal.
Kesan Sampingan Obesiti Dan Stigma Sosial
Markus M, (2002) menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan mendiskriminasikan orangyang obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah untuk dipersalahkan akan keadaan mereka,dan kegemukan merupakan tanda kecuaian mereka sendiri. Orang yang obes berkemungkinanmempunyai hubungan sosial dan hubungan romantik yang sangat kurang berbanding merekayang tidak gemuk. Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan kuasa pendapatan boleh terjejas mengikut bear, terutamanya bagi wanita yang obes. Walaupun ia mungkin tidak diterima untukmendiskriminasikan berdasarkan jantina, agama, atau etnik, ramai orang mempersendakan ataumendera golongan ini.
Kesan Obesiti Pada Kanak-Kanak
Markus M, (2002) menyatakan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (2010), kadarobesiti kanak-kanak telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 1980-an. Hampir 20 peratusdaripada kanak-kanak Amerika Syarikat yang berusia 6 hingga 11 tahun adalah gemuk. Kesanobesiti kanak-kanak termasuk risiko yang lebih tinggi diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko masalah seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabiladewasa. Kesan obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli danejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remajayang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding rakan-rakanmereka yang tidak obes.
Kesan Terhadap Seksual
Du Plesis et al. (2010) menyatakan, obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diinginiterhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapatiorang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelakimanakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.Dalam kajian di Perancis dan United Kingdom seramai 12,300 orang dewasa berumur18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibatmenghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggimenghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction  dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin.Berat badan yang berlebihan terutamanya pengumpulan lemak di bahagian perut boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh badanuntuk membekalkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan penghasilan testosteronmenurun. Fakta menunjukkan bahawa kaum lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyaitabiat pemakanan yang sihat lebih cenderung memiliki kehidupan seks yang berkualiti dankeadaan kesihatan yang baik.
LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI
Perubatan
Tujuan utama rawatan perubatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan obesiti. Perkara berikut perlu dilakukan secara berterusan, iaitu memantau ketinggian, berat badan, indeks jisim badan(BMI), tekanan darah dan penentuan parameter makmal secara berterusan.(kolesterol,trigliserida,  High Density Lipoprotein (HDL),  Low Density Lipoprotein (LDL), Very Low Density Lipoproetein (VLDL), elektrolit, asid urik, Glutamyl Pyruvic Transaminase (GPT), GlutamylOxaloacetic Transaminase (GPT), apolipoprotein A1 dan B, hematologi, dan perbezaan kiraandarah), pengukuran parameter vaskular, dan penilaian kriteria dalam kes-kes sindrom ovari polisistik terhadap kanak-kanak perempuan.
Pemakanan
 Jenis nutrien (makro dan mikronutrien), bekalan dan penggunaan tenaga, makronutrienyang ditunjukkan oleh contoh-contoh praktikal dan bahan ilustrasi(piramid makanan).Melaksanakan latihan, arahan semasa memasak perlu diberikan, ianya direka bagi menunjukkan bahawa makanan berkalori rendah dan keseronokan memakannya tidak ada perbezaan.Kaunseling perubatan diatetik dianggap sebagai penghantar maklumat, sokongan dan bantuandengan tujuan untuk menukar tabiat makan kepada makanan yang rendah lemak, buah-buahan,dan sayur-sayuran yang banyak khasiat. Mempunyai satu protokol diet harian anda bagi menilaitabiat pemakanan anda merupakan salah satu elemen utama rawatan.Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklahmakan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Kita jugahendaklah mengelakkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengancara mengukus, membakar atau merebus.Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa sepertinasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekalisekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekaliseperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yangkita makan. Kuih-muih tidak patut dimakan dengan banyak. Seperti yang dinyatakan, kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek,ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi denganmereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Merekamenjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produkmereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis inimengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman dan pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukkan.Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlumakan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itumungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-andan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim"ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnyauntuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.
Psikologikal
Rawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan mungkinsepanjang hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini bagi mencapaimatlamat rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bersama-samadengan kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu yang membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik yang berbeza membantumenghadapi situasi yang berpotensi bermasalah. Pesakit diarahkan untuk mengkaji adab dantingkah laku yang baru dan disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelankaunseling individu perlu berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah denganmenggalakkan kawalan kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.
Aktiviti Fizikal
 Terapi fizikal mampu membantu kanak-kanak atau remaja gemuk bagi mendapatkan perasaaan serta pemahaman yang baik tentang badan mereka. Mereka patut mendapatkeseronokan semasa bersukan. Sehubungan itu, jurulatih perlu bertanggungjawab terhadapsemua keperluan individu kanak-kanak dan tiada keperluan yang berlebihan. Mereka bolehterdorong untuk menyimpan kalendar bagi menulis segala aktiviti sukan yang dijalankan.Kalendar ini akan memberikan gambaran keseluruhan berkenaan masa, jenis, dan kepelbagaianaktiviti-aktiviti yang digunakan secara berkesan dalam psikologi kaunseling.
Bersenam
Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar,organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organyang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen
Keluarga
Dengan mengambil kira rawatan obesiti kanak-kanak, kemasukan ahli keluarga terdekatmerupakan satu parameter yang penting dalam menentukan kejayaan rawatan obesiti. Didikanibu bapa perlu membawa kepada penubuhan persekitaran rumah yang sihat dimana pemakananyang sihat disediakan, gaya hidup yang aktif dilakukan dan mengelakkan faktor yangmenggalakkan obesiti seperti menonton televisyen. Galakan yang positif daripada ibu bapasangat membantu kanak-kanak bagi menghadapi semua cabaran.
Berpuasa
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syaratsemasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktumalam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang"miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran.Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan sejenis protin sahaja seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan.Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorangitu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.
KESIMPULAN
Masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagaiakibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapatdielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam.Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukankesabaran dan kesungguhan. Pengurusan masa kurang memberikan kesan kepada berlakunyamasalah berat badan. Namun begitu jika ia tidak diberikan penekanan pastinya akan menjadimasalah yang tidak disedari sebagai punca kepada menyumbangnya masalah berat badan dankesihatan.Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luarhakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggiyang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu bapaharus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori,lemak dan sebagainya di dalam makanan. Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budayaatau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di KualaLumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makandan minum sehingga lewat malam. Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri SyedHamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telahdikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yangdibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini jugayang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam. Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskanmasa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak. Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah padawaktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jammenjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol
.Ramai yang memandangremeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1N1membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini. Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yangdilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang bolehdilakukan untuk menanganinya.