LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK
INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : KANTHAROA A/L SUPEREMANY
NO KAD PENGENALAN : 680805-08-5315
PROGRAM :
PGSR MUZIK AMBILAN 2008
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI RAYA
NAMA PROJEK : HARI KOKURIKULUM 2012
TEMPOH PELAKSANAAN: 03 SEPTEMBER –30 SEPTEMBER 2012
1.
Objektif
1.1 Melengkapkan salah satu projek internship
yang telah diamanahkan
Kepada peserta internship PGSR MU AMBILAN 2008.
1.2 Menggalakkan pelajar aktif dan berminat
dalam aktiviti-aktiviti
Kokurikulum yang telah dianjurkan
oleh pihak sekolah mahupun
Pihak tertentu .Antaranya ialah:
1.2.1 Memupuk semangat
bersatupadu bekerja dalam satu
kumpulan sama ada Persatuan
,kelab atau unit beruniform.
1.2.2 Melahirkan pelajar yang
berketrampilan dan dedikasi serta
mampu menjadi pemimpin
yang berkaliber.
1.2.3 Menggalakkan pelajar
berusaha dalam aspek kepimpinan
serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.
1.2.4 Memberi peluang kepada
ibubapa berbincang dengan pihak
sekolah demi kebaikan anak mereka.
2.
STRATEGI
PELAKSANAAN
2.1
Guru-guru dipanggil untuk bermesyuarat pada 5 September untuk
membincangkan tentang Hari
Kokurikulum.
2.2 Menyiapkan
kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru
besar.
2.3
Bermesyuarat kali kedua dengan
guru-guru pada10 September
2012
dan mengumumkan Ahli Jawatankuasa Induk ,Ahli
Jawatankuasa
Kerja,Agensi luar yang terlibat dan membentangkan
kerja
serta aktiviti-akitiviti yang akan dijalankan pada Hari
Kokurikulum.
2.4
Berjumpa dan menghantar surat jemputan kepada agensi luar pada
10 September 2012.
2.5
Mengumumkan tarikh latihan kawad kaki serta
mengedarkan
borang
arahan kawad kaki kepada semua ketua unit beruniform.
2.6
Menyediakan barangan keperluan.
2.7
Mesyuarat
kali ke tiga dengan guru-guru untuk bertanyakan
persediaan unit masing-masing.
2.8
Setelah segala persediaan
didapati sempurna maka Hari
Kokurikulum telah diadakan seperti yang dirancang.
3.
REFLEKSI
a) Kekuatan Projek
Setelah selesai menjalankan projek Hari
kokurikulum ,saya dapati terdapat banyak kekuatan di dalam projek ini sehingga
ia dapat dilaksanakan dengan baik sekali.Diantara kekuatannya ialah kebolehan saya dalam mengndalikan mesyuarat bersama
guru sebanyak tiga kali dengan baik setelah mentor saya menyerahkan segala
tugasan sebelum beliau berangkat ke tanah suci (Mekah).Maka saya boleh
menambhkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat serta dapat
menjalankan dengan baik suatu aktiviti tahunan yang penting.
Saya juga dapat berkenalan dengan
agensi-agensi luar seperti Jabatan Peratahanan Awan dan Bomba serta
prosedur-prosedur yang patut diikuti untuk menjemput mereka membuat
persembahan.
Selain daripada itu,saya juga dapat
mengenali secara mendalam tentang
guru-guru,guru besar,para pentadbir dan pekerja di sekolah ini amat bekerjasama
dan memberi komitmen yang amat baik dalam menjayakan projek ini.Ahli
jawatankuasa yang dilantik telah melaksanakan tugas mereka dngan
baik.Tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik sekali kerana
kesema guru yang terdapat di sekolah ini mempunyai kemahiran yang tertentu
dalam bidang masing-masing.Daripada tugas persiapan tempat hinggalah ke
disiplin mrid dapat dikawal dengan begitu baik sekali.
Sekolah saya ini juga mempunyai segala alatan yang
lengkap untuk menjalankan aktiviti serti ini dan juga tidak ada masalah dalam
hal kewangan untuk membeli alatan baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang
amat penting dalam menjayakan projek saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit
sebanyak telah memudahkan kerja saya dalam persediaan mejalankan projek ini.
Kekuatan projek ini yang seterusnya ialah dengan adanya
pertandingan seperti ini ia akan melahirkan pelajar yang berani dan yakin pada
diri sendiri dengan tindakan mereka.Bukan mudah untuk membina keyakinan diri.Dengan
adanya pertandingan seperti ini sudah tentu akan memberi ruang kepada pelajar
untuk menampilkan diri di hadapan khalayak ramai dan secara tidak langsungnya
akan membina keyakinan diri murid tersebut ketika itu dan seterusnya pada masa
akan datang.
Melalui projek ini saya juga dapat mengenalpasti terdapat ramai murid sekolah ini yang berbakat
di dalam suatu permainan yang tertentu dan berkawad kaki memberi arahan
(Komanden).Ini mungkin adalah kerana mereka ini sering didedahkan dengan
aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh para guru yang dijalankan pada waktu
kokurikulum.
b
)Kelemahan Projek
Walaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan
jayanya,namun ia juga terdapat beberapa kelemahan yang harus
diperbaiki.Antaranya ialah dari segi tempat persembahan agensi luar iaitu kali
ini telah diadakan di dataran perdana yang mana selepas pertandingan kawad kaki
tamat pada pukul 10.00 pagi maka murid-muird merasa agak panas stelah matahari
muncul.Mereka pula kurang selesa dan mula bising.Kedaan ini juga telah
mengurangkan keselesaan tempat duduk para penonton yang mana dalam kalangan murid-murid terpaksa duduk
sekeliling tapak perhimpunan manakala
guru dan ibu–bapa duduk di bangku di kaki lima yang telah disediakan.
Selain daripada itu, dari segi tempoh latihan yang agak
terhad,iaitu hanya dua hari sahaja kerana gangguan hujan lebat pada waktu
petang.Ini ditambahkan pula murid-murid tidak dibenarkan berlatih pada waktu
pagi.Perkara ini telah menyebabkan kekakangan masa terhadap peserta yang mana
kehadiran mereka pada waktu petang adalah terhad kerana sebahagian daripada
mereka tinggal agak jauh dari sekolah dan tidak mempunyai pengangkutan ke
sekolah.
Kelemahan yang terakhir ialah penghafalan arahan oleh Komanden.Pelajar
yang dipilih sebagi komanden agak sukar untuk menghafal arahan kerana waktu yang diberi tidak mencukupi.
4.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Untuk
mengatasi kelemahan- kelemahan tersebut pertamanya pemeberian masa yang
mencukupi untuk latihan perlukan dititikberatkan supaya mereka betul-betul
bersedia dalam pertandingan tersebut dan secara langsungnya akan memberi
saingan yang sengit dalam pertandingan akan datang.Para pelajar juga harus
berusaha sendiri demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan bukannya hanya
bergantung pada guru semata-mata.
Penambaikan
yang seterusnya ialah pihak pentadbir
haruslah memberi persetujuan untuk mengadakan latihan pada waktu pagi selama
satu atau dua jam.Ini akan dapat membantu para penasihat dalam melatih peserta
meraka jika latihanya tidak dapat dijalnkan pada waktu petang.
Penambahbaikan
yang saya rasa boelh dilakukan lagi ialah dari segi penyertaan.Pada masa akan
datang pihak penganjur boleh memperluaskan lagi penyertaan dengan menjemput
peserta-peserta dari sekolah yang berdekatan untuk sama-sama menyertai dalam pertandingan
mahupun pertandingan permainan ataupun kawad kaki ini supaya akan memberi satu
saingan yang lebih menarik dan lebih meriah.
5.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,pada
keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya walaupun terdapat serba sedikit
kelemahan yang dianggap masih boleh dipertingkatkan lagi.projek ini telah
banyak memberi manfaat kepada saya serta semua pelajar di sekolah ini sama ada
sebagai peserta atau pun sebagai penonton.Sebagai peserta sudah tentu mereka
akan terasa diri mereka teruja dengan berkawad kaki di khalayak ramai.Ada yang
merupakan kali pertama terlibat di khalayak ramai dan ini sudah tentu akan
memberi satu kenangan yang tidak dapat lupakan sepanjang hayat mereka.
Sebagai penonton pula,mereka juga sudah
tentu bercita-cita ingin menjadi seperti peserta yang bertanding dan akan
menimba pengalaman baru seterusnya akan mendorong mereka menceburi serta lebih meminati dalam aktiviti
kokurikulum lebih-lebih lagi dalam pasukan beruniform.Keadaan ini sudah tentu
akan meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam aktiviti kokurikulum di
peringkat sekolah,daerah mahupun peringkat kebangsaan.
LAPORAN
PROJEK ‘HARI KOKURIKULUM’
SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI RAYA
Hari kokurikulum Peringkat Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Sungai Raya merupakan salah satu aktiviti tahunan yang penting di
sekolah ini. Aktiviti seperti pertandingan permainan,pertandingan kawad kaki dan
pertandingan memasang khemah adalah aktviti yang utama telah
dijalankan.Pertandingan-pertandingan ini telah dijalankan secara dua peringkat
iaitu sebelum Hari Kokurikulum pada 19 september 2012 bersamaan dengan hari
Khamis,masa 3.30petang diantara kelab-kelab permainan dan pada 27 September
2012 bersamaan dengan hari Khamis,masa 8.30pagi iaitu pada Hari Kokurikulum
pertandingan kawad kaki dan pertandingan memasang khemah diantara Unit-Unit
Beruniform telah diadakan.
Pertandingan ini telah
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan saya merupakan pengelola Hari kokurikulum
tersebut. Ini merupakan salah satu aktiviti projek yang perlu dilaksanakan oleh
guru pelatih semasa program internship. Pertandingan ini terbuka kepada semua
pelajar dari Tahun 4 hingga ke Tahun 6 sahaja dari sekolah ini.
Sebelum memulakan program atau aktiviti ini, saya mendapatkan pandangan
daripada mentor dan pihak pentadbir mengenai cadangan mengadakan program ini. Saya
membuat kertas kerja pertandingan sebagai prosedur yang telah ditetapkan dalam
menjalankan sesuatu aktiviti. Setelah mendapat persetujuan dan kertas kerja
diluluskan, saya mula mengadakan mesyuarat kali pertama pada 5 September 2012 dengan
guru-guru untuk berbicang mengenai Hari Kokurikulum tersebut.Dalam mesyuarat
telah dibincangkan tentang pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan.Pada
peringkat ini, saya bekerjasama dengan mentor dalam memberi idea dan pendapat
mengenai aktiviti yang akan dijalankan serta agensi-agensi luar yang akan
dijemput.
Pada 10 September 2012
guru-guru dipanggil untuk mesyuarat kali kedua.Mesyuarat kali ini mentor saya
mengumumkan Ahli Jawatankuasa Kerja dan saya pula membentangkan Kertas Kerja
juga mengumumkan agensi luar yang terlibat iaitu pasukan dari Jabatan Perthanan
Awan dan Pasukan Bomba.Setelah mendapat pesetujuan daripada semua pihak saya
menyediakan surat jemputan kepada agensi luar dan berjumpa dengan
pegawai-pegawai yang berkenaan serta menghantar surat dengan tangan untuk
mendapatkan pesetujuan mereka untuk membuat persembahan.
Dalam pada itu saya
mengedarkan pekeliling kepada semua ketua unit berkenaan tentang pemberitahuan
jadual latihan permainan dan kawad kaki
serta arahan kawad kaki yang perlu diberi pada hari pertandingan.Pada masa yang
sama saya telah menyediakan barangan keperluan dengan bantuan beberapa orang guru
serta pekerja untuk tujuan tersebut.Selain daripada itu,dalam jangka masa
seminggu itu juga saya telah mendapatkan kerjasama daripada beberapa orang guru
untuk menyiapkan tempat pertandingan bagi pertandingan permainan di padang dan
di dataran perdana bagi pertandingan kawad kaki dan pertandingan perkhemahan.Saya
juga memberi penerangan kepada
murid-murid mengenai program yang akan dijalankan. Saya memberi gambaran kepada
murid mengenai keadaan sebenar pada hari pertandingan.
Sebagaimana dirancangkan
pertandingan sebelum Hari Kokurikulum, Pertandingan permainan berlangsung pada
pukul 3.30 petang.Semua peserta yang hadir telah disusun dalam pasukan
masing-masing iaitu Bola sepak,Sepak takraw dan bola baling serta diberi
penerangan tentang peraturan permainan.Setelah tamat memberi penerangan setiap
pasukan diarahkan beredar ke tempat pertandingan masing-masing.Pertandingan ini
dijalankan secara liga pusingan pertama dan kalah singkir dalam pusingan
kedua.Para penyokong pula duduk sekeliling padang.Manakala ibu bapa yang hadir
disediakan kerusi.Pertandingan telah dimulakan dengan peniupan wisel oleh ketua
pengadil.
Murid-murid
yang mengambil bahagian adalah mengikut rumah sukan masing-masing iaitu
rumah Merah,Biru,Hijau, dan Kuning.
Setelah selesai petandingan
permainan pada 19 September 2012 saya mulalah menyediakan barangan keperluan
untuk pertandingan kawad kaki dan pertandingan perkhemahan yang akan
berlangsung pada 27 September 2012.Selain daripada itu, saya juga berjumpa sekali
lagi pihak agensi luar sebelum tiga hari
pertandingan untuk mengesahkan kehadiran dan persembahan mereka.Saya
juga mengadakan mesyuarat kali ke tiga bersama dengan guru-guru untuk
mengesahkan persediaan masing-masing.Setelah semua selesai dan puas hati saya
memaklumkan pada mentor.
Sepertimana yang dirancang
pada 27 September 2012 bermulalah Hari Kokurikulum dengan nyanyian lagu-lagu
rasmi diikuti dengan ucapan Persamian Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Azura bt
Abdul Aziz.Setelah selesai ucapan beliau,beliau memeriksa perbarisan kesemua
unit-unit beruniform yang terlibat.Kemudian,pertandingan kawad kaki
dimulakan.Setelah selesai pertandingan kawad kaki,pertandingan memasang khemah
pula dijalankan.Sementara menunggu keputusan daripada hakim persembahan
daripada pihak bomba di adakan iaitu ‘Demonstrasi Memadam Api’ aktiviti ini
dapat menarik perhatian murid dan murid-murid menunjukkan rasa keseronokkan
semasa api dipadamkan.Beberapa orang guru juga turut terlibat dalam aktiviti
memadam api.Aktiviti ini telah mengambil
masa lebih kurang setengah jam.
Seelepas itu,persembahan
daripada Jabatan Pertahanan Awam pula
memeriahkan lagi suasana Hari
Kokurikulum dengan pertunjukkan ‘Demonstrasi Menangkap Ular’.Pihak Jabatan Pertahanan
Awam telah membawa dua ekor ular yang hidup iaitu ular sawa dan ular tedung
untuk mempersembahkan pertunjukkan mereka.Akitiviti ini dapat menarik minat
para penonton dikalangan muird,guru dan juga ibubapa.
Setelah selesai
pertunjukkan-pertunjukkan tersebut murid-murid dibenarkan untuk berehat untuk
makan disamping itu murid-murid juga melawat sambil membeli barangan yang
dijual dengan harga yang murah di gerai-gerai jualan seperti ‘Gerai Pakaian
Terpakai’ Gerai buku-buku terpakai’ , ‘Lagu-lagu Permintaan’ dan sebagainya.
Setelah tamat waktu rehat
murid-murid diarahkan masuk dewan supaya acara penyampaian hadiah serta
sijil-sijil akan diadakan.Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang dan cenderahati
diberikan kepada para tetamu yang dijemput.Semua hadiah pertandingan telah disampaikan
oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini dan seterusnya merasmikaan upacara
penutup pertandingan ini.Pertandingan telah dilangsungkan dengan jayanya.
Laporan disediakan
oleh Disahkan Oleh
…………………………….................... …………………………
( KANTHAROA A/L SUPEREMANY)
No comments:
Post a Comment