Thursday, 12 December 2019
Thursday, 7 November 2019
Obesiti-Faktor, Kesan
dan Rawatan
SUMBER:
ACADEMIA
PENGENALAN
Secara umumnya, obesiti
merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun didalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila
tisu-tisulemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu
dan mencederakanorgan-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial,
jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obeseti/berat berlebihan
adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes
lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak.Obesiti selalunya
dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Olehitu
kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah
berkenaan.Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan
sekurang-kurangnya duakali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga
mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang
sepatutnya. Selain itu, Indeks Jisim Badan(BMI) melebihi 40 atau 35 dan
mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi ataudiabetis serta
mereka yang gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka
panjangsekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Menurut kamus DBP,Kuala Lumpur, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan
terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah
kesihatan seperti penyakit jantung, dantekanan darah tinggi. Orang yang mengalami
masalah obesiti juga tidak dapat menikmatikehidupan mereka sepenuhnya kerana
badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga
akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri.
FAKTOR OBESITI
Perubahan lemak badan
bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil danyang
digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga
melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Terdapat banyak penyebab
yang dikaitkan denganlebihan berat badan dan obesiti tetapi faktor sosial dan
persekitaran sama ada peningkatan pengambilan tenaga atau berkurangan aktiviti
fizikal memainkan peranan penting terjadikeadaan ini. Ini berkaitan dengan
peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktivitifizikal generasi
muda dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat
badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Kajian yang telah dibuat telah
mencadangkan lebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak lebih
kepada kurangnya aktiviti fizikal dan bukannya lebihan makanan dan pada remaja
ia lebih dipengaruhi oleh kurangnya aktiviti fizikaldan lebihan makanan (WHO,
1990).Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor
risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan
faktor primer bagi penyakitkoronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang
telah dibuktikan seperti diabetes,hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap
lipoprotein kepadatan tinggi (HDL)(Pollock &Wilmore, 1984). Hipertensi yang
di alami oleh mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding
dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah adalah dicatat pada kedua-dua
bacaan sistolik dan diastolik (Wan Mohamad et al., 1996). Lebihan berat badan
dan obesiti juga mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah
menunjukkan bahawawalaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh
pankreas antara 100-200% dalamkeadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda
klinikal kekurangan hormon tersebut. Inimenjelaskan terdapat kekurangan tapak
reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau kedua-duanya. Penurunan
berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah
serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah (Pollock &
Wilmore, 1984).Kajian ini dijalankan bagi mengukur magnitud lebihan berat badan
dan obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah (tingkatan IV & V) di
Kelantan dan faktor-faktor yang menyumbangkepada masalah tersebut.
Masalah berat badan ini
sebenarnya berpunca dari kesalahan dan kelalaian diri kita kerana kemudahan dan
kemewahan hidup yang diperolehi oleh kita. Menurut Norkumala (2007),masyarakat
negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik
danakhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya
hidup yang tidaksihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam
kitaran hidup seharian.Ini sejajar dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan,
Chua Soi Lek iaitu jika kitatidak membetulkan tabiat makan akan mengakibatkan
kita mengalami masalah berat badan padamasa akan datang ( Berita harian, 2007).
Ini menunjukkan bahawa tabiat amalan pemakananyang tidak sihat dan betul akan
mengakibatkan masalah berat badan kepada seseorang individu.Aspek pemakanan ini
perlu diberikan penekanan dari kecil lagi sebagai langkah untukmengelakkan
tabiat pemakanan dan berat badan bertambah seiring dengan peningkatan
usiaseseorang individu. Namun begitu menurut Hanee (2006), berat badan
seseorang dapat menunjukkan bahawa jumlah nutrien dan pemakanan yang mesti
diambil. Jika tidak ia mungkin akanmengakibat seseorang itu mengalami masalah
berat badan. Pendapat ini dapat disokong olehZainab (2001), ia menyatakan
bahawa orang dewasa perlu menentukan pengambilan makanandan penggunaan tenaga
seimbang untuk menetap dan mengawal berat badan. Jika ini dijadikansebagai
panduan kepada pelajar ia boleh mengelakkan pelajar mengalami masalah berat
badan.Ia bermakna pelajar itu sendiri yang menentukan jumlah pemakanan berat
yang perlu diambil pada setiap hari, tidak semestinya tiga kali sehari jika ia
merasakan memadai untuk hanyamengambil dua kali menu hidangan berat sehari.Jika
masa makan yang tidak menentukan diamalkan ia pastinya memberikan kesan bukan
sahaja kepada berat badan tetapi kesihatan juga. Ia sejajar dengan apa yang
diperkatakanoleh Azmi (2005), kesibukkan bekerja, menonton televisyen dan
banyak menghabiskan masadidepan komputer menjadi punca masalah berat badan.
Jika perkara ini tidak diberikan penekanan pastinya akan mengakibat masalah
berat badan akan terus meningkat.Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi
sebelumnya kepada generasi berikutnya. Itulah sebabnya kita seringkali menemui
ibu bapa yang gemuk cenderung memilikianak-anak yang gemuk juga. Hal ini
demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, makaunsur sel lemak yang
berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akanditurunkan
kepada bayi dalam kandungan.
Sistem pengawal yang
mengatur perilaku makan terletak pada satu bahagian otakyang disebut
hipotalamus, iaitu kumpulan inti sel otak yang berhubung dengan bahagian-
bahagian lain daripada otak dan kalenjar di bawah otak. Dua bahagian
hipotalamus yangmempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus
lateral’(HL) yang menggerakkan nafsumakan, ‘hipotalamus ventromedial’(HVM) yang
bertugas mengekang nafsu makan. Daripadahasil kajian, didapati bahawa apabila
‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, makan individu menolak untuk
makan atau minum dan akan mati kecuali dipaksa makan dan minum. Sedangkan
kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi
rakus makan dan kegemukan.Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan
orang yang berat badannyanormal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan
bau makanan, atau ketika waktu makan.Orang yang gemuk cenderung makan apabila
merasa ingin makan, bukan makan ketika ia lapar.Pola makan berlebihan inilah
yang menyebabkan mereka sukar keluar daripada perangkapkegemukan jika individu
terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untukmengurangkan
berat badan.Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya
masalah obesiti,apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak
melakukan sebarang pergerakansenaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan
kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam,gempal dan gemuk.Di samping itu,
peningkatan restoran makanan segera dan penjualan dalam bungkusan atau tinturut
menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut digemari ramai penduduk negara ini
terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah
untuk makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yangdisediakan oleh
restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa
pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak
berkhasiat danmengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi.Masalah
obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihatseperti
tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu
manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng
juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
KESAN OBESITI
Sakit Jantung
Lemak yang terlalu tebal
boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kitadan menyebabkan
tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Mereka yangmengalami
obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan
penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan
jantung yang tidak normal.
Darah Tinggi
Mereka yang mempunyai
berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan darahtinggi. Puncanya
kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik
yangrendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan salurandarah
tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di
dalamnyaakan meningkat.
Kanser
Golongan obesiti mempunyai
risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanserendometrical
iaitu kanser lining uterus, kolon, gall
bladder , prostat, buah pinggang dan postmenopausal,
breast kanser.
Penyakit Kencing Manis
Obesiti mempunyai kaitan
rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan danmempunyai tabiat
malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudahterdedah
kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet
darah yangmungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut
menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah
ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkandengan tumor darah.
Emosi Tidak Stabil
Seseorang yang mengalami
obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan seringmenganggap dirinya
tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidakdapat
menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lain
Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan
Mental
Markus M, (2002)
menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental.Kesan
mental ini belum dikaji secara meluas sebagai kesan sampingan obesiti
fizikal.Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa obes yang negative menjejaskan
kesihatan mental.Persaan rendah diri adalah perkara biasa dalam kalangan orang
yang obesitinya teruk. Kadarkemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi
kerana kajian di Sweden mendapati orang yangobesitinya teruk adalah tiga hingga
empat kali lebih cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbangan dan
kemurungan, berbanding mereka yang mempunyai berat badan yangideal.
Kesan Sampingan Obesiti Dan Stigma
Sosial
Markus M, (2002)
menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan mendiskriminasikan orangyang
obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah untuk dipersalahkan akan keadaan
mereka,dan kegemukan merupakan tanda kecuaian mereka sendiri. Orang yang obes
berkemungkinanmempunyai hubungan sosial dan hubungan romantik yang sangat
kurang berbanding merekayang tidak gemuk. Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan
kuasa pendapatan boleh terjejas mengikut bear, terutamanya bagi wanita yang
obes. Walaupun ia mungkin tidak diterima untukmendiskriminasikan berdasarkan
jantina, agama, atau etnik, ramai orang mempersendakan ataumendera golongan
ini.
Kesan Obesiti Pada Kanak-Kanak
Markus M, (2002)
menyatakan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (2010), kadarobesiti
kanak-kanak telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 1980-an. Hampir 20
peratusdaripada kanak-kanak Amerika Syarikat yang berusia 6 hingga 11 tahun
adalah gemuk. Kesanobesiti kanak-kanak termasuk risiko yang lebih tinggi
diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko
masalah seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabiladewasa. Kesan
obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli
danejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji,
kanak-kanak dan remajayang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri
yang rendah berbanding rakan-rakanmereka yang tidak obes.
Kesan Terhadap Seksual
Du Plesis et al. (2010)
menyatakan, obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diinginiterhadap
kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya
mendapatiorang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan
masalah ereksi bagi lelakimanakala bagi wanita pula akan terdedah kepada
kandungan tidak terancang.Dalam kajian di Perancis dan United Kingdom seramai
12,300 orang dewasa berumur18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita
dan 350 responden lelaki yang terlibatmenghadapi isu obesiti. Dapatan kajian
tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggimenghadapi masalah
ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit
kelamin.Berat badan yang berlebihan terutamanya pengumpulan lemak di bahagian
perut boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki. Obesiti akan mengganggu
kemampuan tubuh badanuntuk membekalkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan
penghasilan testosteronmenurun. Fakta menunjukkan bahawa kaum lelaki yang aktif
secara fizikal dan mempunyaitabiat pemakanan yang sihat lebih cenderung
memiliki kehidupan seks yang berkualiti dankeadaan kesihatan yang baik.
LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI
Perubatan
Tujuan utama rawatan
perubatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan obesiti. Perkara berikut perlu
dilakukan secara berterusan, iaitu memantau ketinggian, berat badan, indeks
jisim badan(BMI), tekanan darah dan penentuan parameter makmal secara
berterusan.(kolesterol,trigliserida, High Density Lipoprotein (HDL), Low Density Lipoprotein (LDL), Very Low
Density Lipoproetein (VLDL), elektrolit, asid urik, Glutamyl Pyruvic
Transaminase (GPT), GlutamylOxaloacetic Transaminase (GPT), apolipoprotein A1
dan B, hematologi, dan perbezaan kiraandarah), pengukuran parameter vaskular,
dan penilaian kriteria dalam kes-kes sindrom ovari polisistik terhadap
kanak-kanak perempuan.
Pemakanan
Jenis nutrien (makro dan mikronutrien),
bekalan dan penggunaan tenaga, makronutrienyang ditunjukkan oleh contoh-contoh
praktikal dan bahan ilustrasi(piramid makanan).Melaksanakan latihan, arahan
semasa memasak perlu diberikan, ianya direka bagi menunjukkan bahawa makanan
berkalori rendah dan keseronokan memakannya tidak ada perbezaan.Kaunseling
perubatan diatetik dianggap sebagai penghantar maklumat, sokongan dan
bantuandengan tujuan untuk menukar tabiat makan kepada makanan yang rendah
lemak, buah-buahan,dan sayur-sayuran yang banyak khasiat. Mempunyai satu
protokol diet harian anda bagi menilaitabiat pemakanan anda merupakan salah
satu elemen utama rawatan.Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada
masalah ini, kita hendaklahmakan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber
protein yang lain seperi ikan. Kita jugahendaklah mengelakkan penggunaan minyak
untuk menggoreng makanan dan memasak dengancara mengukus, membakar atau
merebus.Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin"
iaitu makan makanan biasa sepertinasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap
kali makan utama dan makan besar hanya sekalisekala sahaja. Begitulah cara
orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekaliseperti ketika ada
jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan
yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa
yangkita makan. Kuih-muih tidak patut dimakan dengan banyak. Seperti yang
dinyatakan, kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan
kegemukan. Jika hendak bersnek,ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik
dan sebagainya.Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi
kita agar serasi denganmereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah
apa yang kita makan. Merekamenjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan
barangan mereka. salah satu produkmereka adalah makanan ringan dan makanan
segera. Makanan dan minuman jenis inimengandungi bahan-bahan yang sudah
diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan
gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman dan
pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukkan.Makanan yang
dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlumakan yang diperlukan
oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itumungkin
berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata
itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila
ia menjangkau usia 40-andan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti
kehidupan dalam mana seseorang yang "slim"ketika usia belasan dan
20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnyauntuk
generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.
Psikologikal
Rawatan obesiti
diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan mungkinsepanjang
hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini bagi
mencapaimatlamat rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk
mencari bersama-samadengan kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu
yang membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik
yang berbeza membantumenghadapi situasi yang berpotensi bermasalah. Pesakit
diarahkan untuk mengkaji adab dantingkah laku yang baru dan disokong bagi
merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelankaunseling individu perlu
berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah denganmenggalakkan kawalan
kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.
Aktiviti Fizikal
Terapi fizikal mampu membantu kanak-kanak atau
remaja gemuk bagi mendapatkan perasaaan serta pemahaman yang baik tentang badan
mereka. Mereka patut mendapatkeseronokan semasa bersukan. Sehubungan itu,
jurulatih perlu bertanggungjawab terhadapsemua keperluan individu kanak-kanak
dan tiada keperluan yang berlebihan. Mereka bolehterdorong untuk menyimpan
kalendar bagi menulis segala aktiviti sukan yang dijalankan.Kalendar ini akan
memberikan gambaran keseluruhan berkenaan masa, jenis, dan kepelbagaianaktiviti-aktiviti
yang digunakan secara berkesan dalam psikologi kaunseling.
Bersenam
Bersenam perlu diamalkan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20minit satu sesi.
Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah
lancar,organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat
menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku
apabila organ-organyang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam
badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen
Keluarga
Dengan mengambil kira
rawatan obesiti kanak-kanak, kemasukan ahli keluarga terdekatmerupakan satu
parameter yang penting dalam menentukan kejayaan rawatan obesiti. Didikanibu
bapa perlu membawa kepada penubuhan persekitaran rumah yang sihat dimana
pemakananyang sihat disediakan, gaya hidup yang aktif dilakukan dan mengelakkan
faktor yangmenggalakkan obesiti seperti menonton televisyen. Galakan yang
positif daripada ibu bapasangat membantu kanak-kanak bagi menghadapi semua
cabaran.
Berpuasa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu
dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syaratsemasa berbuka
seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktumalam.
Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara
orang"miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu
pergi solat dan baca Al-Quran.Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun
cukup makan nasi, sayur dan sejenis protin sahaja seperti akan, telur, ayam
atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula,
santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan.Sebenarnya
puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa
seseorangitu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan
angin dalam badan.
KESIMPULAN
Masalah obesiti hendaklah
diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagaiakibatnya. Obesiti
yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapatdielakkan
jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap
bersenam.Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha
ini memerlukankesabaran dan kesungguhan. Pengurusan masa kurang memberikan
kesan kepada berlakunyamasalah berat badan. Namun begitu jika ia tidak
diberikan penekanan pastinya akan menjadimasalah yang tidak disedari sebagai
punca kepada menyumbangnya masalah berat badan dankesihatan.Budaya makan
makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luarhakikatnya tidak
sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori
tinggiyang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di
Malaysia. Ibu bapaharus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak
bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah
kerana kita dapat mengawal kandungan kalori,lemak dan sebagainya di dalam makanan.
Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budayaatau tabiat suka makan pada
waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di KualaLumpur yang
dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makandan
minum sehingga lewat malam. Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri
SyedHamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang
telahdikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau
gerai makan yangdibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang
bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia
sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini jugayang menarik ramai pelancong ke
negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam. Lebih bertuah mereka
yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskanmasa dengan
makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam
jenis makanan yang enak. Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah
padawaktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan
restoran 24 jammenjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan
kolesterol
.Ramai yang memandangremeh
dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi
H1N1membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.
Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya
begitu. Banyak kajian yangdilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai
obesiti namun tidak banyak yang bolehdilakukan untuk menanganinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)