CARA-CARA
DAN LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGEKAL DAN MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA
Beberapa
kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi
Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai
usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional.
Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek
seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan,
Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan,
Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,
Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan
Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL)
dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan
aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua
program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan
supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat
antara rakyat di negara ini.
Kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke
semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan
pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah
supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya
persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati
terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM
menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar
dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat
tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu
padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil
belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran
kebudyaan dan persembahan pentas.
Sekiranya
isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin
negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang
untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan
dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Perpaduan
kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat
kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di
bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong
yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut
supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan
yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama
Satu
daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa
dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari
perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari
perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,
Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad
s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah
satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu
bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman
tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses
negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang
seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat
menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di
Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi
jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan
dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah
tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.
Cara
paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
hormoni antara kaum di negara ini.
Rao
No comments:
Post a Comment