PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT
KONSEP DAN DEFINISI
Pembelajaran
sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau
professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi
kendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran
berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati
nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya
individi mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan
yakin dan serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup.( Ibrahim Ahmad
Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995).
Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran
Brerterusan sebagai prose sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan,
pembangunan diri dan pembeajaran.
PSH dilalaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks
berikut iaitu:
1, Home schooling yang berkonsep
tidak formal dan dijalankan di rumah.
2,
Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran sijil yang
diperlukan untuk memulakan kerjaya.
3, Pendidikan lanjutan yang berkonsepkan formal dan
dijalankan di instituasi pengajian tinggi.
4, Latihan dalam perkhimatan (job trining) yang
berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan
kemahiran melalui bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
5, Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak
formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber
dalam talian
LITERASI MAKLUMAT DAN PSH
Untuk memperkasakan penguasaan literasi maklumat,
proses PSH perlu dilaksanakan secara konsisten. Kedua-dua jelas mempunyai
hubung kait di antara satu sama lain seperti berikut:
1, Bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri:
Kedua-dua proses berjalan berasaskan inisiatif dan
motivasi kendiri setiap individu tanpa memerlukan arahan atau panduan individu
yang lain. Walau bagaimanapun, bimbingan atau nasihat individu yang
berpengalaman boleh membantu dalam kedua-dua proses tersebut.
2, Berpotensi membangunkan kuasa-kendiri :
Kedua-dua proses berpotensi membangunkan kuasa-kendiri
setiap individu ke tahap yang lebih baik dalam kehidupan tanpa mengira latar
belakang ekonomi atau social (umur, agama, bangsa dan status).
3, Bersifat benar-kendiri :
Kedua-dua proses akam menjadikan seorang indvidu celik
maklumat dan pengetahuan serta berpotensi menjadikannya seorang yang berilmu
dan bermoral.
No comments:
Post a Comment