CERPEN TINGKATAN 5 2016
ANTOLOGI SEJADAH RINDUl:
CERPEN: CINTA AHMAD MUTAWAKKIL (ZAINAL RASHID AHMAD)
A. SINOPSIS
- Ahamad Mutawakkil seorang
pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada penjajah Inggeris dan
PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam keadaan cedera parah
oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau. Imam
Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang cedera di bahu
serta membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.
- Kampung Ahamad telah
diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi. Pada tahun 30-an
Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah beratus-ratus
buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bapanya, Wak
Sadir meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth selama 3
tahun.
- Pada tahun 1941, Jepun
telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan kekejaman Jepun
menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak angkat oleh Imam
Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa Inggeris. Pada
tahun 1943, Ahamad bekerja di bandar.
- Pada tahun 1945 Jepun
kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada Tahun 1946,
Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai oleh
orang kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan beliau
sungguh mesra dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubungan antara
penduduk di kampung itu.
- Ahamad menjadi seorang
pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta menentang
perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam
surat khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam partinya
pada tahun 1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada Ahamad dan
ini menimbulkan prasangka kepada orang kampungnya.
- Pada tahun 1948, komunis
mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas menyedarkan rakyat supaya
menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu banglo tuan Booth dan
membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya menasihati Ahamad
supaya berhenti mengajak orang kampung membenci Komunis. Ahamad tidak mendengar
nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya dia semakin berani bersuara
dengan lantang.
- Pada malam Jumaat yang
lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki telah datang berjumpa
Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang dan tidak
ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha mencari
Ahmad tetapi Ahamad tidak dijumpai.
- Akhirnya, selepas solat
maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang kehilangan Ahamad
telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera parah. Ahamad
meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat
ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung
mengadakan doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.
- Tuan Booth balik ke
England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun selepas itu, Sandra
balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada Ahamad. Dia
telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.
B. TEMA:
- Kegigihan dan keberanian
seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air.
- Contohnya - Ahamad
Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada masyarakat agar
berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi komunis.
C. PERSOALAN:
1. Kasih--sayang sesama ahli
keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya
berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.
2. Ketabahan menghadapi
kesukaran hidup semasa peperangan. Contohnya, penduduk kampung sentiasa tabah
dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
keganasan komunis.
3. Semangat patriotisme yang
tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Contohnya, Ahamad sentiasa
berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada
penjajah serta kekejaman komunis.
4. Hubungan cinta yang
sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad sehingga dia sanggup
kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
5. Kerjasama yang erat dalam
kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk kampung bersatu membentuk tiga
kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.
6. Kekejaman dan kezaliman
pihak penjajah terhadap masyarakat. Contohnya, pengganas menyerang banglo Tuan
Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.
D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Ahmad Mutawakkil:
a. berusia 25 tahun ketika
meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. anak tunggal Wak Sadir
dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c. pintar - boleh membaca
dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah Deraman.
d. patriotisme - berjuang
menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e. bijak merancang masa
depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika
tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
f. petah berpidato - selalu
berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan mereka supaya menentang
komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara
menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang komunis dan penjajah
walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup berkorban -
sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada
penjajah serta menentang keganasan komunis.
i. sangat berpengaruh -
beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua partinya.
j. menghargai jasa - beliau
menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya dengan menghadiri majlis
yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.
2. Tuan Booth:
a. pengurus ladang dan
majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. mesra - mudah tersenyum
apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati - menjemput
pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk diraikan serta
sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah - suka bersembang
dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.
e. penyayang - membawa
keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.
3. Sandra:
a. anak Tuan Booth yang
fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati - mengajarkan
Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. penyayang - amat
menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan hilang.
d. setia - balik semula ke
banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung itu menulis dan
membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad
E. LATAR:
1. Latar Tempat:
- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.
- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.
- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris.
- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada penentang Jepun.
- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet itu.
- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.
- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
2. Latar Masa:
- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah serta menggaji ratusan buruh.
- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.
- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk kampung.
- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut kemerdekaan.
- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya untuk menyelamatkan diri.
- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.
- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.
- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.
- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya kepada Ahamad.
3. Latar Masyarakat:
- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.
- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan berkebun dan bersawah padi.
- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-sama mencari Ahamad yang hilang.
- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.
- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.
- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa termasuk Ahamad.
F. BAHASA:
1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong
G. NILAI:
1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu sebelum Jepun menjajah.
2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.
3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.
4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara.
5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.
6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.
7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.
8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.
9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.
H. PENGAJARAN:
1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.
2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.
4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.
5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah sebelun Jepun menjajah kampung itu.
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.

No comments:
Post a Comment