Sejadah Rindu: Beberapa
Petua Hidup
MAKSUD
FIKIR DAN KATA
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa
manusia yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat
mengatasi masalah yang dihadapinya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa
manusia mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa- apa supaya dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham waima persengketaan.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa
manusia yang suka marah akan orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati
akan melukakan perasaan orang lain.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa
manusia seseorang yang kasar dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa
pelbagai masalah.
SILANG DAN SENGKETA
RANGKAP 5
Penulis berkata bahawa
manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam kesedihan.
RANGKAP 6
Penulis menasihati kita agar
tidak sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan
faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
ILMU
RANGKAP 7
Penulis berkata bahawa ilmu
mesti dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak
dapat memanfaatkan kita.
RANGKAP 8
Penulis berkata bahawa ilmu
pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan kerajinan
asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
DUNIA PERGAULAN
RANGKAP 9
Penulis berkata bahawa
kehidupan di dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan
sebaya.
RANGKAP 10
Penulis berkata bahawa
seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
RANGKAP 11
Penulis berkata bahawa
sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti
kehidupan dan sentiasa bersama di mana-mana sahaja.
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
RANGKAP 12
Penulis berkata bahawa
seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli
masyarakat.
RANGKAP 13
Penulis berkata bahawa
seseorang yang murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada
masyarakat.
RANGKAP 14
Penulis berkata bahawa
seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat
untuk meminta bantuan.
PERBUATAN YANG BAIK
RANGKAP 15
Penulis berkata bahawa
seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang
pada bila-bila masa.
RANGKAP 16
Penulis berkata bahawa kita
haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.
SIFAT-SIFAT YANG JAHAT
RANGKAP 17
Penulis berkata bahawa kita
mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
RANGKAP 18
Penulis berkata bahawa
seseorang yang mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada
kemudian hari.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam
ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam
kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang
berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan
menjauhi sifat yang negatif.
Persoalan
(a) Kepentingan menimba ilmu
demi masa depan.
Sikap rajin berusaha mencari ilmu akan membolehkan kita memperoleh ilmu dan
kemahiran yang diingini.
(b) Menjauhi persengketaan.
Hidup orang yang suka bersengketa tidak akan bahagia. Oleh itu, persengketaan
hendaklah dijauhi dan perlu diselesaikan jika ia berlaku.
(c) Penjagaan tutur kata
demi maruah diri.
Sebelum seseorang berkata-kata, dia hendaklah berfikir dahulu supaya tidak
membuat kesilapan. Kata-kata yang tidak elok akan menyakitkan hati orang yang
mendengarnya, malahan dapat menimbulkan perselisihan faham dan masalah yang
lain.
(d) Kepentingan menjaga adab
dan memilih rakan sebaya.
Dalam menjaga adab pergaulan, kita hendaklah memilih orang yang baik untuk
dijadikan sahabat. Kriteria sahabat yang dicari itu dapat dikenal pasti melalui
budi bahasa dan latar pergaulannya.
(h) Sifat budi bahasa
penting dalam kehidupan.
Orang yang berbuat jasa akan
dihormati dan dikenang namanya oleh orang lain selama-lamanya. Namun begitu,
sebelum berbuat jasa kepada orang lain, kita haruslah membuat pertimbangan yang
sewajarnya.
NILAI
1)Nilai kerajinan. Sikap
rajin belajar untuk menambah pengetahuan kita membuat penilaian yang wajar.
2)Nilai hemah tinggi. Sifat
beradab dalam pergaulan disenangi oleh rakan-rakan dan dapat mengelakkan
perselisihan. Selain itu, berbudi bahasa, baik dan pemurah perlu diamalkan.
Orang yang berhemah tinggi akan sentiasa dihormati.
3)Nilai bantu-membantu.
Amalan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat adalah satu kemestian dan perlu
diamalkan.
PENGAJARAN
1)Kita hendaklah menjaga
tingkah laku dan budi pekerti dalam pergaulan.
2)Kita hendaklah rajin
belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat untuk diri sendiri.
3)Kita hendaklah bijak
memilih sahabat.
4)Kita hendaklah bersikap
pemurah dan dermawan.
5)Kita hendaklah bersikap
jujur dalam persahabatan.
6)Janganlah kita suka
bersengketa.
No comments:
Post a Comment