Antalogi Sejadah Rindu :
Berbuat Istana Zaman Dahulu
Seloka – Berbuat Istana
Zaman Dahulu (Za’ba)
MAKSUD
MAKSUD
RANGKAP 1
Baginda sultan menitahkan
empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Oleh hal
yang demikian, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras. Sebanyak
empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang dan projek pembinaan itu
dijalankan siang dan malam tanpa henti.
RANGKAP 2
Pembinaan istana baginda itu
menelan masa tujuh bulan sehingga siapkan sempurna dengan perabot dan segala
peralatan di dalamnya. Istana yang disiapkan itu tersergam indah dengan
sembilan ruang utama yang memiliki sepuluh batang tiang penyokong. Di dalam
istana itu, ada kain yang disusun dan diikat serong dengan puncanya tergantung
dan memiliki kawasan anjung yang tinggi.
RANGKAP 3
Di dalam istana itu, ada
tiga sudut untuk kegunaan lapan orang menteri yang utama yang dihias dengan
tiga batang tiang yang dinamakan maharaja lela. Di tengah- tengah istana itu,
ada sebatang tiang besar yang kukuh yang bertanggam dengan ukiran corak ular
yang garang. Kayu yang melintang pada atap istana pula bercorak seorang puteri
yang menyembah dan sebatang kayu yang melengkung pada atap istana juga bercorak
ukiran helang di sekelilingnya.
RANGKAP 4
Bahagian tingkap istana raja
dibina dengan seni yang istimewa, yakni berukir corak bunga dan ular sawa yang
berbaring dengan lemah longlai. Di samping itu, jendela istana pula diperbuat
daripada batu yang kukuh dan bertiang. Seni bina ini dipercantik dengan ukiran
Jawa dan Cina. Selepas itu, garam ditaburkan di sekeliling istana yang baharu
untuk membuang segala kekotoran dan anasir jahat yang cuba dibawa oleh
pendatang asing atau nakhoda. Pada pintu istana yang besar itu, ukiran bunga
kenanga amat jelas kelihatan bersama corak ular. Demikianlah keunikan istana
raja yang siap dibina.
RANGKAP 5
Setelah istana siap dibina,
tukang bina istana pun meninggal dunia. Kesetiaan jurubina istana ini
menyempurnakan pembinaan istana ini amat terserlah apabila tiada sesiapa yang
dapat meniru teknik dan gaya pembinaan istana tersebut. Apabila istana siap
dibina, pembesar yang bertanggungjawab dalam pembinaan itu mempersembahkan
istana tersebut kepada baginda raja dan permaisuri.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema seloka ini ialah keunikan seni
bina istana yang dibina oleh jurubina yang setia. Hal ini dapat dibuktikan
apabila tukang bina istana meninggal dunia selepas istana siap dibina dan
memastikan tiada sesiapa yang mampu meniru pembinaan itu.
PERSOALAN
(a) Ketaatan kepada raja.
Apabila
empat orang pembesar dititahkan oleh raja supaya sebuah istana dibina, mereka
segera menyampaikan titah raja itu kepada Pawang Raja. Empat puluh empat orang
tukang segera dikumpulkan kemudiannya.
(b) Kegigihan bekerja.
Keunikan seni bina istana.
Empat
puluh empat orang tukang yang membina istana raja gigih bekerja siang dan malam
tanpa henti supaya pembinaan istana terhasil mengikut jadualnya.
(c) Kemahiran ilmu
pertukangan masyarakat zaman dahulu.
Istana
raja yang siap dibina itu memperlihatkan kemahiran ilmu pertukangan orang
Melayu pada zaman dahulu. Pelbagai corak direka pada tiang, kasau, pintu dan
lain-lain.
NILAI MURNI
(a) Nilai ketaatan
kepada pemimpin. Orang besar empat dan Pawang Raja taat akan perintah raja
untuk membina istana berkota. Pawang Raja mengerahkan empat puluh empat orang
tukang untuk membina istana tersebut.
(b) Nilai kegigihan. Empat
puluh empat orang tukang gigih bekerja membina istana tanpa henti sehingga
istana itu dapat dibina dalam masa tujuh bulan.
(c) Nilai daya usaha.
Para pekerja tersebut berusaha dengan menggunakan kreativiti mereka dalam
bidang seni bina sehingga siap sebuah istana yang indah dan berukir cantik.
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia
kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna.
(b) Kita mestilah
bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang
amanah yang diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih
mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia
kepada raja dan mengikut titah perintah baginda.
No comments:
Post a Comment