PROSA KLASIK TINGKATAN 5 2016
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN
LADA
A. SINOPSIS:
A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar
Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja
Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan
Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada
raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar
hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui
berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun
Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan
keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh
demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan.
Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka
serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri
hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun Perak
mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak
berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika
percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak
lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja.
Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara
Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.

- Baginda telah menceraikan
isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu
saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu
pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan,
hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja
turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.

- Selepas 42 tahun
memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda
iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda
berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara
Diraja.
B. TEMA:
- Kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh
orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka
berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
C. PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan
akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan strategi
mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan
pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam
keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan
ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi
awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam
kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh
membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
5. Keberanian menghadapi
cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah
orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi
jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
6. Taat setia kepada
pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan
Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.
D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang
menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan
lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun
Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
- berani - memimpin askar
Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau
mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan Seri Nara
diraja.
2. Sultan Muzaffar Syah:
- mementingkan keharmonian
Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk
memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan
askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana - mendamaikan
pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak
menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak
menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya -
memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.
E. LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar
di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah
pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam
berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal
Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal
Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan
Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka
menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi
bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka
Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak
bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api itu
disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.
2. baik hati - Sultan
Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.
3. bersatu padu - Semua
lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara
Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara
supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak
berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam
menyerang Melaka menemui kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan
Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja.
G. PENGAJARAN:
1. Kita mestilah berani
menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ............
2. Kita mestilah bijak
menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan. Contohnya...........
3. Kita mestilah ikhlas apabila
melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ..............
4. Kita mestilah sanggup
bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan Muzaffar...........
5. Kita mestilah bersatu
padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya, ...............
6. Kita mestilah menghargai
jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita. Contohnya,
Sultan Muzaffar ..................................
No comments:
Post a Comment