Saturday 13 August 2016

CERPEN TINGKATAN 5 2016 : BUKAN GILA (Shariff Shaary)

CERPEN: BUKAN GILA(Shariff Shaary)

SINOPSIS
Adegan I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani,  bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi  pegangan  Azmir.



Adegan II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

Adegan III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan  prinsip  hidup yang berbeza tentang dunia( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

Adegan IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada  dalam tingkatan 6  dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri  Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

Adegan V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.

Adegan VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

TEMA
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi tindakan/cara hidup.

PERSOALAN
1.       Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap
          janggal oleh masyarakat sekeliling.
          Contoh: Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza
                       tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding
                       orang lain.
2.       Kepentingan cinta dan kasih sayang
          Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan.
3.       Rencah kehidupan
          Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
4.       Dunia ini ibarat pentas lakonan
          Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang
                        membawa pelbagai watak.
5.       Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam
          menghadapi cabaran hidup.
          Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan
                         kekasih hati.
6.       Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
          Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
                        mengetahui latar belakang hidup 

No comments:

Post a Comment