Dasar Dalam
Negara : Perpaduan Negara
1. Definisi Perpaduan
- Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama di kalangan mereka.
- Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting
daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar
belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.
2. Masyarakat Majmuk
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat
majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau
bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita,
perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan
penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan
ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu
golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri.
Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya.
Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu,
iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman
penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai,
apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk
pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status
politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai
negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai
penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya
dikebumikan di negara ini.
Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19
terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada
komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran
British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk
kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan
lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk
ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British.
Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan.
Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai
kepentingan sendiri.
Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin
nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di
kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini
menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima.
3. Dasar Perpaduan
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu
integrasi dan asimilasi.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana
kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan
sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden,
seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Cara-cara mencapai perpaduan
|
||
Politik
|
Sosial
|
Ekonomi
|
|
4. Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada
dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British
mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat.
Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu
dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.
Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan
pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari
negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan
ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki
ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah
setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.
Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris
sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah
kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran
juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang
berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka
memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik
dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris
dan berpelajaran vernacular – yang tidak mempunyai pandangan dunia (world –
view) yang sama.
Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam
sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana
yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi.
5. Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik
selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai
serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat
Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di
dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia,
hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang
tunggal telah lama disedari :
“ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah
suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau
penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal,
wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.
Asas-asas
perpaduan sistem pendidikan
- Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan
sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya
dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan
Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan.
Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini
sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan
pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula
ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua
kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah
Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat
rendah.
- Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan
yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.
- Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung
di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani,
rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga
berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat
yang terlatih untuk keperluan negara.
- Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang
disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem
pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah
matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina
semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat
yang berbilang kaum, agama dan adat resam.
- Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di
sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem
peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah
sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang
kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
No comments:
Post a Comment