Tuesday 9 October 2012

SEMANGAT PATRIOTISME


SEMANGAT  PATRIOTISME

               Perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia.Mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri.
               Anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain.Rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap.
              Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. Kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. Pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini.
             Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. Kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment