Wednesday 10 October 2012

MUZIK GAMELAN

GAMELAN
PENGENALAN
Gamelan berasal dari perkataan Jawa (gamel) yang bermaksud pukul, tukul atau pukul. Gamelan mula dimainkan dalam istana kerajaan Kediri di Jawa Timur sebelum dibawa masuk ke istana kerajaan Riau Lingga pada kurun ke -17. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud 111, gamelan menjadi ensembel muzik penting di istana Johor Riau. Kemudiannya ia dibawa masuk ke Tanah Melayu semasa majlis perkahwinan Tengku Husin (putera sulung sultan Mahmud 111) dengan puteri Bendahara Tun Ali di Pahang. Oleh kerana Tengku Husin tidak dapat kembali ke Istana Riau selepas kemangkatan Sultan Mahmud 111 maka Tengku Abd Rahman, putera kedua Sultan Mahmud 111 akhirnya telah ditabal sebagai sultan yang baru.


Perkembangan Gamelan

Dari Pahang, gamelan kemudian dibawa ke Terengganu semasa perkahwinan diraja antara Tengku Suleiman(Terengganu) dengan Tengku Meriam(Pahang). Gamelan telah mencapai zaman kegemilangannya apabila Tengku Suleiman ditabal sebagai Sultan Terengganu. Baginda bersama Permaisuri Meriam melatih generasi baru penggiat seni persembahan gamelan. Di Pahang pula, Tengku Ampuan Wan Fatimah(Wan Cha) dan Che Zabedah (isteri kedua sultan) bersama Encik Wan Ahmad, Encik Wan Mohamad dan Encik Ahin terus berusaha dan berjaya meningkatkan seni persembahan gamelan ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini dinaungi sendiri oleh Sultan Ahmad Muadzam Shah, Sultan Pahang. Tahun 1914, Che Zabedah (Pahang) berpindah untuk tinggal bersama puterinya Tengku Meriam dengan membawa bersama penggiat gamelan Pahang ke Terengganu. Kedua-dua kumpulan ini bergabung dan bergiat aktif dalam seni gamelan di Terengganu. Pada zaman kegemilangan gamelan di Terengganu, banyak lagu baru dicipta antaranya Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, dan Lancang Kuning. Tengku Meriam telah menerbitkan beberapa artikel berkaitan muzik gamelan. Semua aktiviti ini di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Terengganu. Gamelan mengalami kemerosotan selepas penaklukan Jepun. Tahun 1979, set gamelan asal yang berada di Terengganu telah dikembalikan dan kini terpamer di Muzium Di Raja, Pekan Pahang

No comments:

Post a Comment