Cabaran dan isu pendidik muzik Orkestra
Pendidik muzik baru harus
mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang semua aspek sejarah muzik, teori
dan analisis, komposisi, teknik-teknik latihan dan perkembangan kurikulum muzik
semasa. Kesemua aspek tersebut sangat penting untuk seorang pendidik muzik
menjadi sempurna dan berkebolehan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik
instrumental di sekolah.
Kekurangan aspek-aspek tersebut dalam kalangan pendidik muzik menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran muzik tidak berjaya dan tidak tercapai dalam
kelas. Malah, kekurangan tersebut menyebabkan guru muzik tidak lengkap dan
tidak menepati keperluan muzikal yang dikehendaki.
Pengetahuan aspek sejarah muzikal penting dalam menjadikan seorang pendidik
muzik menghayati sesuatu karya dari segi latarbelakang karya itu dicipta, stail
muzik sezaman dan budaya muzik sesuatu zaman tersebut.
Bentuk dan analisis muzik penting untuk mengetahui serta memahami ayat-ayat
muzik seperti frasa, permulaan, kadens, pergerakan harmoni dalam sesuatu karya
muzik. Ia juga penting dalam mempersembahkan karya tersebut mengikut ‘mood’
tertentu. Ini membantu untuk membentuk gambaran yang baik tentang karya
tersebut.
Secara langsung, pengetahuan ini memudahkan guru dalam pengajaran bermain
alat muzik mengikut skor dengan memperdengarkan tonality, timbre dan
personality sesuatu karya. Selain itu, guru muzik juga perlu mempelajari dan
mengetahui aspek komposisi supaya mempermudahkan untuk senang bermain,
Seterusnya, pengetahuan komposisi membantu guru menggubah sendiri dan membuat
gubahan semula untuk keperluan pelajar.
Tambahan pula, teknik-teknik latihan muzik merupakan satu kemestian untuk
pendidik muzik. Tanpa teknik yang betul tidak akan keluar bunyi atau muzik yang
dikehendaki. Oleh yang demikian, seorang pendidikan muzik mesti mempelajari
kemahiran bermain alat muzik atau sekuarang-kurangnya tahu akan cara bermain
dengan teknik yang betul untuk melatih pelajar-pelajarnya.
Pendidikan atau kurikulum muaik berkembang dari masa ke semasa. Oleh itu,
pendidik muzik patut mempelajari setiap perkembangan kurikulum muzik semasa.
Dalam erti kata lain seseorang pendidik muzik perlu ‘up to date’ dengan pengetahuan
kurikulum muzik dan perkembangan muzik semasa supaya tugas yang diamanahkan
dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Aspek ini boleh diperolehi dengan
pembacaan yang luas supaya dapat mencapai objektif, tujuan dan kemahiran dalam
pendidikan muzik.
Pendidik muzik di sekolah kurang menyerlah dalam melatih ‘wind orchestra’ jika
dibandingkan dengan jurulatih luar kerana beberapa faktor.
Guru
di sekolah terpaksa menurut keperluan sesebuah sekolah dengan mengajar
matapelajaran lain selain daripada matapelajaran muzik. Muzik ialah subjek yang
memerlukan penglibatan dan tumpuan secara berterusan daripada subjek-subjek
lain. Oleh yang demikian, masa berjumpa dengan ahli-ahli orkestra adalah
terhad. Lebih-lebih lagi guru dibebankan dengan kerja-kerja selain daripada
opsyen atau major mereka. Contohnya guru opsyen atau major dalam muzik mengajar
sejarah, geografi, bahasa Melayu dan sebagainya. Jurulatih luar pula tiada
beban kerja lain atau mengajar matapelajaran lain seperti guru di sekolah.
Mereka adalah guru muzik sepenuh masa. Manakala, guru-guru di sekolah mengajar
muzik seolah-olah seperti kerja sampingan atau ‘part time’! Mereka berpeluang
berjumpa dengan ahli-ahli orchestra lebih kerap atau lebih lama berbanding guru
di sekolah.
Pihak
pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam situasi ini. Pentadbir
sekolah lebih mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Oleh yang demikian,
pemilihan ahli-ahli orkestra adalah terhad kepada pelajar tingkatan dua dan
tingkatan empat sahaja. Pelajar-pelajar lain yang berkebolehan bermain alat
muzik di tingkatan tiga dan lima dilarang oleh sesetengah pentadbir kerana
mereka dalam kelas peperiksaan. Faktor ini menyumbangkan kepada kualiti muzik
dalam ensembel wind orkestra.
Sikap
dan minat sesetengah guru pun mempengaruhi dalam pencapaian orkestra. Sikap
tidak bersungguh-sungguh dalam aktiviti latihan menjadi faktor kelemahan
sesebuah orkestra sekolah. Kebanyakan guru beranggapan bahawa sekadar mengambil
bahagian dalam pertandingan sudah pun memadai kerana lebih mementingkan
kehendak-kehendak persendirian. Manakala, jurulatih luar pula berutngkus lumus
melatih pelajar kerana itulah mata pencarian mereka.
Adakalanya guru-guru yang lebih minat dalam orkestra diketepikan atau kurang
diberi galakan oleh pihak pentadbir kerana beranggap jurulatih luar lebih
berkaliber dan berkebolehan dalam melatih pelajar orkestra. Kadang-kadang
pihak pentadbir membuat keputusan yang tidak betul dalam pembahagian tugas
ko-kurikulum. Guru-guru yang berminat dalam muzik tidak diberi tugas untuk
menjaga kumpulan orkestra. Tugas tersebut diberi kepada seorang guru yang tidak
berminat dan tidak mengambil peduli langsung tentang orkestra.
Malah, ada segilintir guru muzik tidak dapat bekerjasama dengan jurulatih dan
berkongsi kuasa. Mereka sanggup menyingkirkan jurulatih luar semata-mata
henadak menunjuk-nunjuk kerana sudah memerolehi ijazah dalam muzik. Sikap
sebegini tidak patut ada pada seorang guru yang inginkan pelajar-pelajar
orkestra sekolah mendapat ilmu dengan jayanya.
Kesimpulannya, jurulatih luar dapat melatih orkestra dengan sempurna kerana
mereka menghabiskan masa (contact time ) yang banyak dengan
pelajar-pelajar dan masa kerja tidak diganggu oleh tugas-tugas dan subjek-subjek
lain seperti guru-guru di sekolah.
By: KANTHAROA A/L SUPEREMANY
No comments:
Post a Comment