Tuesday 9 October 2012

Laporan Pertandingan Bola Tampar


CONTOH LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
1.0 PENGENALAN
            Pada setiap tahun, Majlis Sukan  Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Daerah Kinta Utara. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama penganjuran Bola Tampar bagi Kinta Utara sejak PPD Kinta dipecahkan kepada dua iaitu Kinta Utara dan Kinta Selatan. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Sungai Raya telah mengambil bahagian dalam  Kejohanan buat kali pertama ini. Pasukan sekolah telah mengambil bahagian  dalam ketegori Lelaki dan perempuan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang menyertai pertandingan Sukan Bola Tampar.
2.2  Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah rendah   
       lagi.
2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil.
2.4  Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
2.5  Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran.
2.6  Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid selaras dengan "RIMUP".

3.0 RASIONAL
3.1  Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid.
3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani untuk diserapkan dalam 
      aktiviti luar.
3.3  Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.
3.4  Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah kejohanan dari 
       awal hingga akhir.



4.0 BUTIRAN KEJOHANAN

                        Tarikh             : 1,2 & 3 APRIL 2008
                        Masa              : 8.30 pagi hingga 4.00 Petang
                        Tempat           : SJK C Gunong Rapat

5.0 SASARAN PESERTA
Para peserta adalah dari kalangan dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga daripada murid-murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

6.0 CATATAN / ULASAN
                        Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam kedua-dua ketogeri iaitu ketogeri lelaki dan perempuan. Pasukan sekolah telah bermain dengan bersunggung-sungguh namun nasib pasukan sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja. Masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki untuk pasukan bola tampar sekolah. Banyak latihan dan pendedahan yang perlu diberikan kepada mereka sebagai pendedahan. Ada antara mereka berasa gementar dan kaku kerana kali pertama bertanding dalam permainan bola tampr. Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu mengenal pasti para pemain yang berbakat dan mengadakan latihan daripada awal tahun lagi. Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui ganjaran semasa hari anugerah kepada pasukan yang berjaya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan bersungguh-sungguh.
Disediakan oleh:                

……………………………... .............
(KANTHAROA A/L SUPEREMANY                                                                                                  
Pengurus Pasukan                                                                       
Bola Tampar                                               
Disemak oleh:

No comments:

Post a Comment